Isnin, September 13

Raya 1998

Pada satu malam raya yang nyaman ketika gua dan sepupu belah mama gua sedang mencucuh bunga api dan segala mak nenek mercun dengan gembiranya di halaman rumah nenek gua kat Kg. Delima, Wakaf bharu, datang beberapa orang mamat dari kampung-kampung sebelah. Mereka berdiri di tepi jalan dengan kecur air liur nak main mercun bunga api. Salah seorang dari mereka adalah Sameon. Perkara itu menyebabkan gua, Ajim, Mekyang, Apis, dan Pahmi yang satu-satunya masih belum sunat tertanya-tanya sambil membuat muka kerek.

"Siapa mereka? Nampaknya seperti orang miskin yang hendak bergaul dengan kita semua!" Ajim tiba-tiba bersuara keras.

"Tak baik cakap macam tu, Ajim. Mereka budak kampung sebelah" balas gua tenang sambil mencucuh sumbu mercun ketupat.

Gua masa tu selalu baca buku cerita yang ada moral dan selalu terpengaruh dengan nasihat nenek gua. Jadi gua sensitif dan mudah terharu bila tengok Sameon yang ketika itu pakai seluar slek kerat. Gua, Ajim dan ahli sekutu terkuat pada masa itu yang lain semua pakai seluar baju melayu kecuali Apis yang pakai seluar trek yang ada kacing kat peha sampai kaki jenama Joma.


***


Tiba-tiba, Ajim mara ke hadapan.

"Kalau kau orang semua mahu berkawan dengan kami, kau orang semua mesti ikut cakap kami!" Ajim tiba-tiba menggunakan kekerasan.

Gua dan ahli sekutu yang lain geleng kepala melihat Ajim yang asalnya dari Kampung Repek. Semeon dan kawan-kawannya pula mula berpeluh dahi berhadapan dengan Ajim yang bersikap panas baran dan memandang hina golongan berpendapatan RM500 ke bawah.


***

Sejak hari yang mendebarkan bagi Sameom itu, beliau dan kawan-kawannya seperti Sunderkaran dan Thinakaran mula bermain mercun pada hampir setiap malam terawih. Mereka nampaknya jauh lebih berbakat dan kreatif dari Ajim yang ketika itu gesek batang colok selalu patah dan baling mercun ketupat dalam air tak bunyi. Jadi gua dan ahli sekutu yang lain berasa senang dengan perkembangan positif dan pertambahan keahlian ini.

Seperti biasa, selepas bermain mercun Gua dan ahli sekutu akan berkumpul rehat di bawah pokok limau bali betul-betul depan rumah nenek gua masa tu sambil membuat ulasan bakar mercun dan berapa kuat dia punya frequency antara mercun ketupat dengan mercun bola serta berapa jauh dia punya bergema kalau dalam parit dengan dalam kalbox longkang. Borak pasal projek keluar bandar hujung minggu, borak pasal 'scene' keretapi dan 'scene' jalan lebuhraya kecuali Ajim yang borak tak masuk pasal makwe anak tok penghulu yang tinggal berdekatan.
Namun yang menimbulkan kehairanan, Sameon selalu tak ada dan hilang tanpa disedari. Dari mulut Azizi yang masa tu berkawan rapat dengan Mat Roji di tempat mengaji Ustaz Hasbullah, Sameon ni takut nak jalan kaki balik rumah bila hari mula jauh malam. Padahal jam baru nak masuk pukul sepuluh.

***

Seperti malam-malam puasa yang biasa, lepas bukak puasa, gua dan ahli sekutu yang lain akan bersedia untuk membaling mercun.

Kata Sameon si budak takut gelap "Aku rasa cuba kita semua terai test tengok letak mercun bola ni kat dalam taik lembu Pok Mat ni, amacam brader? ada brani?" sambil menoleh tepat ke muka Ajim.

Si Ajim yang memang tak nak di pandang lembik oleh Sameon segera merampas mercun bola ditangan Mekyang. "Bak sini aku cucuh" tanpa pikir panjang Ajim.

KEPOWWWW!!! Habis taik panas-panas kena kat dahi Ajim.

Sameon: Bodo la mung ni! Cucuh bedil pom tok panda! Aku nok cucuh, mung nok cucuh!


***Itu je yang gua ingat, panas-panas lagi dalam memori gua.

7 ulasan:

  1. hihihi..s0 sweet..
    mem0ry u mse dlu..
    h0pe bt0l la cite u..
    =D

    BalasPadam
  2. beto xbetol la...ade tokok tambah...bg ada rasa ini cherita! ahaha

    BalasPadam
  3. huhuhu..mstila..msk p0n kena ada rencahnya..
    cewah..hahaha

    BalasPadam
  4. ewah2..tgk org la..u ni pong..(^-^)

    BalasPadam
  5. kuangjaQ....xksah la bacin oi..

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini