Isnin, Oktober 17

hati hati main hati.

Dah naik lumut hijau dah ni woi. Kena gonyoh kuat kuat baru sedap nak menulis.

Jarang - jarang ada jugak kita cuba nak puaskan hati semua orang. Tapi percayalah, takkan dapat. Nama dia hati. Nama lagi puaskan hati. Memang ada saja yang tak berapa ngam, tak berapa nak kena, tak berapa nak masuk. Hati ni kait rapat dengan diri sendiri. Kalau kita tak berapa kuat, susah jugak nak pegi. Susah untuk teruskan, susah untuk teruskan apa yang dicitakan, apa yang disungguh - sungguhkan. Betul. Gua tahu la...

Kalau besi takpa. Campak dalam air tenggelam takdak timbul timbul dah. Ni hati, benda paling kecik. Kecik kecik dia pun macam luas jugak la dalam dia sebab boleh rasa sedih, rasa pedih, rasa sakit, rasa sebak dan rasa manis, gembira, pahit, perit. Baik rindu, sedih, sayu. Baik sendu. Baik baik dan tak baik.

Demikian. Baik baik sajalah hati. Kalau sudah tersurat apa nak dikata.

Sabtu, Mei 21

santan

Bila cuti cuti ni gua tak tahu nak main apa kat rumah. Lain lah kalau ada ofis ke nak bangun awal pagi pasang tali leher, orait jugak jalan cerita pagi pagi gua macam tu. Oleh tu, sekarang dekat dekat tengah hari baru gua bangun. Itu pun sebab rasa serba salah dekat matahari. Orang tua gua pun dah bising. Bilik gua pula pintunya jenis boleh kunci dari belah luar, belah dalam tak boleh. Arkitek mana la bikin pintu bilik pesen kuncinya belah luar saja. Buat naya je nak tidur senang senang. Kalau gua tidur hotel tak manis pula rasanya.

Hari jumaat. Ini pagi gua bangun awal sikit dari biasa biasa. Bangun pukul 9 pagi. Sebenarnya mama gua kejut gua pagi tadi pasal pasal suruh pegi beli barang dapur. Ikan, santan, lobak, timun, macam macam lah. Bapak gua ada kat kolumpo. Jadi gua la kena pegi. Mulanya gua memang liat nak bangun. Tapi sebab mama gua dah bising bising, gua bangun. Takut tak sedap pula makan tengah hari nanti makan nasi lauk semalam. Mandi mandi belakang kira. Gua terus keluar capai kunci kereta sambil genyeh genyeh mata. Takut bertaik mata pegi kedai tak elok pula orang kata.

Gua terus tekan pedal minyak rapat sampai lantai. Jarum meter kereta Proton Iswara mama gua cecah 268 km/j.

Sampai kedai gua tengok boleh tahan juga ramai orang. Rata-rata kaum mak mak je yang ambil bahagian sambil jalan lengang lengang jenjeng plastik. Macam macam plastik. Ada plastik daging, ayam, sayur, dan banyak lagi.

Dah selesai beli barang, gua melencong ke bahagian jual surat khabar. Se-tak mandi mandi gua, minat membaca memang dah lama berputik dalam hati. Gua selak Metro. Silap, bukan selak, gua terbalikkan. Bola dulu, baru Perdana Menteri punya berita. Tak ada yang sedap melainkan berita pasukan Manchester United yang menang liga. Gua katup balik. Tak beli pun.


***


Sampai pintu pagar rumah, gua tepuk dahi. Tanda terlupa satu benda lagi tak beli. Sibai! Gua lupa beli santan.

"Ah dah sampai rumah pun" getus hati kecil gua.

Kepala gua ligat pusing pikir apa benda nanti nak bagi tahu ni. Kang kata lupa kan, nye suruh pegi lagi. Gua bukan apa takut nanti orang kata dah ada bini pulak pegi pasar acap acap kali.

"Long, mano santan mama. Beli ke dok, takdok pun ni" sayup sayup suara mama bunyi dari belah dapur.

"Santan habis" gua matikan ayat. Dalam hati rasa bersalah gila.



Sabtu, April 23

Sibuk

Seminggu? Gua rasa berlalu macam tu je. Tak rasa ape. Ko ingat cukup ke bagi seminggu untuk orang macam gua ni nak stadi?

Ye lah. Mana cukup. Team dalam football manager? Nak suruh sapa urus? Romet gua? Dia mana reti main benda benda macam ni. Ko ingat senang dalam masa seminggu nak bina team sampai dapat dua tiga empat biji cup. Tu tak kira lagi dengan laptop mati sebab panas main benda ni. Dahhh kena mula balik game. Macam gampang.

Benda kedua bagi gua rasa yang patut kita salahkan. Tak lain, tak bukan. Gua dah hanyut jauh dalam alam fesbuk sebenarnya. Menatang ni dah jadi macam makanan tiap tiap hari. Kalau bangun pagi, dia boleh jadi sarapan. Kalau malam dia boleh ganti dengan dinner. Kalau tak like, like, kalau tak komen, komen, kalau tak view, view picture tak sah. Macam tak kenyang rutin harian.

Benda ketiga ni gua rasa macam bukan masalah sebenarnya. Tapi dah jadi macam masalah sebab kadang-kadang dia punya datang kita tak mintak sangat. Dah selalu datang, gua tak boleh buat apa. Gua bukan lembik sangat sampai tak boleh berhadapan dengan benda temeh macam ni. Tapi tu lah, benda ni dan kedatangannya kadang-kadang boleh membuatkan mood stadi gua jadi tak berapa cantik. Bila mood dah tak cantik, nak buat apa kerja pun jadi tak sedap.

Okey gua habis habis sini, mengantuk tu sama dengan tidurkan. Dalam sehari banyak kali dia datang, datang pulak lama lama. Tak nak pegi langsung.


***

Okey, esok ada ketas nak kena jawab ni.
Malam ni gua kena buat sibuk sangat. Sibuk yang teramat sangat sampai tak sempat nak pandang ke belakang. Sibuk sampai tak sempat mandi dan korek hidung.

Woi mana nota gua banyak banyak! Mana pegi hilang! Mati, mati...

Jumaat, April 22

solat jumaat dan selipar

Pukul satu lima belas petang, gua bangun tangkas dari tempat tidur gua. Capai tuala, palmolife, berus gigi, pegi mandi terus. Selipar kawin milik kawan sebelah bilik belakang kira. Itu pun dah tiga hari pakai baru perasan selipar tuh orang lain punya. Bukan gua punya. Berlari anak gua ke bilik air.

Sesudah mandi, gua tangkas bersiap. Takut takut tak menyempat ke masjid. Jam dah tunjuk pukul satu tiga puluh lapan tengah hari. Gua mula kalut. Takut takde orang nak bagi tumpang. Tapi last last, gua pegi dengan orang bilik gua. Dia bawak kete. Nasib baik.

Dalam 5 minit sampai dekat masjid. Naik kete kan. Cepat lah.


***

Selesai solat jumaat, meluru gua ke tempat letak selipar. Sekali gua tengok selipar gua orang lain yang sarung. "Bang, ni macam saya punya je selipar ni" gua tanya dengan hemah, sambil jari telunjuk tertunjuk kat kaki.

"Ah, peduli ape aku. Ko cari selipar lain. Selipar ni dah sedap dengan aku. Pegi, pegi." kata abang tuh. Gua? tak biar saje. Gua tolak bahu brader tuh. Sikit lagi nak terjatuh. Dia bengang, dia pegang gua punya kolar. Kasi angkat sikit. Macam dalam cerita, yang nak mula gaduh tu. Dia tumbuk pipi gua. Mengaduh gua. Gua tumbuk perut dia, sekuat hati. Habis orang tengok, peduli apa gua. Yang penting selipar jiran gua tu. Kena pulang. Tu je masa tu dalam kepala gua. Gua tumbuk lagi, bersememeh brader curi selipar tu. Dua, tiga datang, pegang gua tak kasi lepas. Pegang brader curi selipar tu erat erat. Takut bertambah parah. Masa tu orang bertambah ramai. Last last dia pulangkan selipar gua. Gua amek, dan berlalu pergi, sambil mulut mencarut.

Amacam ganster tak gua?

Hehe...

Mana ada, lepas gua mintak selipar tadi elok elok, brader tu dah pulang balik dah selipar gua dan buat mula segan segan. Bukan gua lah nak gaduh pasal selipar.

Eh, pandai nak mencuri selipar. Datang tak bawak selipar ke pegi masjid tadi? Patut lah ada mamat dua tiga temenung dekat beranda. "Selipar kena rembat ke brader?"

Yang tulisan condong tu jangan percaya. Gua berkhayal.



Lain kali acu terai buat macam ni. Amacam, boleh?

Ahad, April 10

Hari Ahad menjadi Isnin

Lama dah rasa tak menulis. Betul, memang lama. Hari antara 29 Mac hingga hingga 11 April memang padat. Takde masa nak berpeleseran dengan komputer. Fesbuk fesbuk tu biasa la. Pasal dah jadi lauk dah. Banyak benda nak tulis tapi masa tu kadang-kandang guna buat main fesbuk. Sia-sia je ada blog.

Hehe...

Hari minggu adalah hari yang sungguh riang dan mengasyikkan. Burung burung berkicauan, sang suria muncul mempesonakan, udara nyaman yang menyegarkan dan yang penting tiada tekanan untuk memenuhi jadual hari ini. Yang ada makwe keluar dengan makwe. Tengok wayang ka, makan makan ka. ikut suka la. Yang ada rumah dekat dekat, rasa nak balik, balik. Bebas untuk ke mana mana, bebas untuk bangun pukul berapa, bebas nak makan kat cafe atau tak makan langsung, bebas untuk baring baring menonton cerita cerita yang dimuat turun dan pelbagai acara bebas lagi. Ingat, bukan setiap hari adalah hari minggu. Kan sedap kalau kelas seminggu, lepas tu cuti pulak seminggu.

Pabila hari bertukar senja, suasana jadi suram. Seperti dunia akan berakhir. Riang dan mengasyikkan seperti melambai lambai mengucapkan selamat jalan semua. Diri terasa seperti kehilangan kekasih. Tekanan mula muncul dan menekan nekan jiwa. Macam kena himpit batu. Apatah lagi jiwa pemuda macam gua ni. Mana tahan.

Kembali ke kelas adalah satu tekanan yang menduga jiwa sebenarnya. Kelas kelas seharian telah membelenggu hidup gua. Kelas telah membuang erti perkataan bebas merdeka. Kelas memang palat. Yang mengajar kadang kadang okey, kadang kadang hilang petimbangan ni pun masalah negara juga sebenarnya. Nak marah ikot suka dia saje. Pesen kecik kecik dulu kena dera.

Oleh itu kawan kawan, jangan ke kelas terlalu serius. Sampai time balik, balik le. Tak payah laa nak bermesra dengan makwe kau tuh. Rasa rasa nak penat, rehat. Rasa rasa malas, tak payah datang. Rasa rasa nak datang, datang. Tak nak datang sudah... Tapi kalau dah seronok dengan kelas tu, hah pegi je elok elok. Tapi kalau datang nak bekepit kepit, rasa macam tak sedap lah jugak mata kawan kawan ni. Hari Sabtu, Ahad tak puas jumpa ke? Jemu nanti susah.

Bukan gua yang kata ni, gua sampaikan orang orang yang berkata. Tak pe kan?

Selasa, Mac 29

catatan pukul tiga setengah pagi

Masa akhir akhir semester ni gua tak boleh silap banyak. Duit makan kena jaga, duit poket kena cakna, duit syiling nak basuh baju pakai mesin kena ada. Banyak nak kena pakai. Kena buat hampir sempurna. Kalau salah memang bersememeh la hasil dia untuk masa masa depan. Gua pulak memang jenis tak suka duit duit tak ada ni, takut nanti hidup kucar kacir. Mintak mintak duit merah sekeping ni sempat untuk gua hidup seminggu.

Okey dah.

Sebenarnya ni kalau gua lambat jumpa katil, bantal, selimut, silap hari bulan esok kebarangkalian boleh terlajak sampai pukul sebelas! Sekaligus akan memungkinkan gua tak pegi kelas ke kelas.

Ahad, Februari 27

Petanda besar kamu belom cukup bersedia nak ada kawan.

Dewasa ini, dalam perkiraan gua, semua orang ada kawan. Kawan baik, kawan sekampung, kawan sekelas, kawan sebilik, kawan kawan, kawan tapi mesra, kawan sejati, kawan sehidup semati, kawan makan kawan, kawan jadi lawan, kawan bahan kawan, kawan ambil kesempatan, dan macam macam jenis kawan lagi. Orang yang dah mati sahaja yang tak dak kawan. Kecik kecik lagi dah ada kawan bukan?

Kini, kawan sebenarnya sebagai platform untuk sesuatu aktiviti harian hidup kita. Bersembang. Bermain futsal. Tempat ajak keluar minum minum air. Tempat lepak sama sama kenang balik cerita dulu dulu. Tengok bola sama sama. Tempat kita berteman bila kita berseorang seorang. Tempat mengadu. Tempat berseloroh. Tempat bertanya. Tempat bergurau. Tempat berkerjasama. Sumber ilham, ispirasi. Ada yang guna kawan untuk sumber wang poket, ada yang berkawan untuk lihat diri ini kuat bila kita jadi kawan mereka. Itu biasa. Ada juga yang berkawan untuk sekerat sekerat tak nak sampai habis habis dan sebagainyalah. Untuk kejayaan kita sama sama. Itu bagus. Yang tak bagusnya kita pijak, jek leher kawan kita untuk berjaya. Kesian. Sakit la dia nanti.

Dalam ketaksuban berkawan, ada dikalangan kita (malah aku pun) lupa bahawa hubungan sebagai kawan itu begitu indah. Mengapa ada sang hitam bila puteh menyenangkan?

Bila kau bercerita tentang A, mungkin 10 orang rasa kau itu betul. Bila kau bercerita tentang A jugak, mungkin ada 20 orang rasa kau ini betul. Iaitu betul betul merapu. Kau cerita lagi tentang A, mungkin ada 5 orang akan berfikiran jauh dari orang yang 10 dan 20 sebelum ini. Maknanya, mereka ada pandangan mereka sendiri tentang cerita kau. Tak kira lah positif atau sebaliknya.

Deyyy macha! Enkau kalau kawan tidak ikhlas baik pegi jauh jauh. Berkawan biar beribu, bermusuh jangan ada satu. Bila gua kata "berkawan", bermakna, kau di sini bukan hanya untuk menjaga hati sendiri tapi untuk kau paham dan tahu yang dia juga mempunyai hati sebenarnya.

Dekat sini, sediakah kita, melontarkan pendapat, menerima pendapat orang lain yang secara terbukanya, atau beranikah kita sangkal balik pendapat kita? Mungkin ada yang sangkal dalam hati. Mungkin ada yang sangkal depan-depan. Atau ada jugak yang baling batu sorok tangan. Dah salah kita mintak maaf saja lah .Itu tanya diri sendirilah. Mampu? Jangan tanya gua. Gua tak tahu.

Hehehe...

Pergi mampus siapa terasa. Kalau terasa, baik berubah. Terasa sahaja tak guna. Ye dak?

Nota kaki: Aku raja maka enkau pun raja. Aku hitam maka enkau pun hitam jua lah. Itu baru yang sejati.

Selasa, Februari 15

enam belas hari bulan februari


16 februari adalah hari ke-47 dalam kalendar Gregorian. - Wikipedia.

Hari ini hari jadi gua. Tambah setahun lagi umur gua, dengan izinNya. Sekian.

Khamis, Januari 27

mengelamun 1

Waktu sekarang kelas gua akan mula pada jam 10 pagi. Tiap tiap hari kelas gua pagi. Gua akan set alarm pukul 9 pagi sebagai langkah berjaga-jaga supaya kelas gua semester ni jadi semua full pegi tak ada ponteng ponteng. Sedang sedang orang kata, waktu sedap sedap pegi kelas. Sebab itu kadang-kadang gua pegi kelas sekarang ni ada awal sikit, sebab kalau dulu setengah jam lambat masuk kelas. Pernah sekali gua masuk kelas apa entah semua kerusi penuh, gua terpaksa keluar balik cari kerusi angkat tinggi tinggi masuk kelas. Gua syak memang ada budak nak kenakan gua. Pesen dengki tak habis habis.


***


Gua bangun dari tidur macam biasa, ambil shower sokubutsut perisa oren, ambil berus gigi, ambil kolget, tak ada banyak cerita, gua terus melangkah ke tempat mandi. Sampai kat singki, gua bukak paip, air laju je keluar, tak ada halang halang. Gua tadah tangan kasi air sikit dalam tadahan, lepastu gua percikkan dekat muka gua. Macam dalam iklan pun ada. Taik mata gua kasi sapu sikit. Bagi bersih bercahaya.

"Brader, tak kan nak gosok gigi pakai deadoren kot" tanya budak sebelah bilik gua. Kalau tak pikir panjang mahu gua hantuk budak tu dekat cermin. Gua kat situ senyum nipis, kaver buat buat pakai deadoren dekat ketiak. Malu...malu...malu...


bersambung....

Rabu, Januari 26

mahu pulang ke kehidupan ruji.

Hati menggelupur sakit. Emosi jadi kacau bilau. Minda jadi kusut masai. Lalu jadi aku punya emosi senang terganggu. Buat masa sekarang aku mohon maaf ada salah silap, ada terkasar bahasa, ada terkurang hajar, ada terlebih, ada terkurang, ada terlepas pandang, ada itu, ada ini yang kurang. Aku masih kacau. Tolong. Jiwa aku mudah pecah buat masa sekarang. Cuma tiada pelekat fragile sahaja di dahi ku.

Dalam masa yang sama, aku sedar yang aku kurang menulis. Entah apa lah sebabnya. Mungkin minda terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan. Berat kepala, berat kepala. Entah. Nanti - nanti sahajalah akan ku fikirkan. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi berkali kali aku cuba menggerakkan jari jari ini ke papan kekunci dan malangnya tidak satu ayat pun yang dapat dilahirkan. Macam kosong.

Semoga esok ia pergi. Tenang seperti setiap hari.

Ahad, Januari 23

gundah gulana

Tuhan, kalau betul dia jodoh aku, biar aku lawan untuk jodoh ini!

Khamis, Januari 20

ke Melaka

Semalam, selepas gua sendiri yang kenselkan kelas petang, gua dengan Popoy ke Seremban. Jadi peneman untuk dia. Saja. Sebab tak ada mood. Bukan penat. Kalau penat tak apa lagi kalau masuk kelas dengan mood yang berkobar-kobar. Tapi kalau mood macam suam suam kuku, gua jadi macam kayu.

Selepas habis pusing minum cendol seremban, Popoy putuskan untuk balik rumah. Gua ikut saja. Nak membantah macam rasa tak kena sebab dia dah bayarkan cendol sama itu rojak gua. Rehat kejap dekat rumah dia, malam lepas magrib bertolak balik upm. Dalam perjalanan, talipon gua bunyi. Ada mesej ajak keluar malam ni pegi Melaka mandi kolam air panas katanya.

Dalam kepala dah macam macam keluar. Gua pergi seramai tiga buah keta. Macam macam tu pun adalah dalam empat perempuan, sebelas laki. Semua pegi sebab saja saja nak berjalan malam. Nak tengok Melaka. Gua sendiri pun tak tahu pernah sampai ke tidak ke Melaka sebelum ni kalau kira kira zaman hijau hijau dulu.

Misi aarul aziz adalah nak bawak semua orang pegi lepak dekat kolam air panas. Misi Rina dengan Adib ialah untuk tengok cerita tengah malam dekat panggung wayang. Misi Afiq Kama Azha ialah menstabilkan kete saga Azri supaya nampak gah buatan Malaysia ni bila berada di lebuhraya. Din dengan Hadi pulak boleh jadi peneman gua untuk nak membahan si Afiq. Popoy pulak boleh sambung gelak bila Afiq kena bahan. Faizul pulak adalah watak penting untuk mandi dengan itu boxer Popoy kat kolam air panas nanti. Macam tu la kosmate. Adik beradik. Kawan tak ada, kita yang ada ni bagi pinjam. Nasib muat. Yang Madi pulak misi dia nak jejak balik tanah Melaka yang dia tinggal lepas belajar dekat Risda dulu. Syira sama Miza pula boleh bukak cerita pasal bandar Melaka. Banyak cerita katanya. Yang Pais dengan Isey pula boleh teman gua cakap loghat kelantan ngan gua bila rasa dah belit lidah cakap key ell. Gua pulak datang semata-mata kat Melaka ni nak telan air liur.

Lepas pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu Melaka tu, gua rasa macam Unite sangat bila satu kosmate jalan jauh jauh sambil suka suka malam malam. Gua akan letak dalam kalendar semester depan aktiviti-aktiviti macam ni depan hari sebab dah nampak berkesan dia punya Unite.

Suatu hari nanti kalau gua terasa hendak suka suka, rasanya gua perlu ambil list nama diorang untuk buat gua rasa kental. Sudah 1 semester dah rasa macam ni. Mintak mintak kekal sampai bila bila. Tahun ini cuma kita baru nak bermula. Kalau orang nak marah marah pun itu diaorang punya hal lah kerana ramai orang tak berapa suka kalau yang berpuak puak ni, sekurang-kurangnya gua tidak lah bosan nak tension tension ada dekat kelas. Ye dak?

Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi tercapai pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua tempat nak pegi lain kali.

Selasa, Januari 11

Baju comel untuk aqua!

depan belakang


Macam mana? Okey kata okey...Huduh kata huduh!

Jumaat, Januari 7

'orang' dengan 'benda'

Benda-benda macam ni kadang kadang datang singgah kejap kejap dalam hidup. Bukan apa, sekadar mahu menguji.

Gua tahu sekarang masa dah banyak berubah. Tahun dah baru kan. Ambil yang baru, yang lama buang buangkan. Semua orang nak ada jiwa baru, azam baru, baju baru, seluar baru, cara jalan yang baru, cara bercakap yang baru, pointer baru, cara datang kelas yang baru, cara pandang orang yang baru, cara membahan orang yang baru, kumpulan yang baru, pendek kata semua baru. Kalau boleh yang lama buang jauh jauh bagi tak nampak. Jangan macam tu. Yang lama kadang kadang nilainya tak ada tolok bandingnya. Lebih berharga kalau nak banding dengan yang baru. Rugi kalau buang terus. Kalau main campak jauh jauh mintak mintak ada yang kutip balik.

Kadang kadang kita tahu dan kita benar benar sedar kita perlu kan orang untuk kebaikan diri sendiri. Kita perlukan dia untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu usaha kerja atau mungkin untuk dijadikan tangga kita mencapai sesuatu benda. Nak lebih tepat lagi? Untuk dijadikan alat ke destinasi yang harus ditujui pada masa masa tertentu. Makna lain adalah gunakan dia. Tidak kiralah berbalas atau tidak budinya. Janji hajat kita sampai!

Kejap. Gua rasa baik gua tukar perkataan 'orang' tu kepada perkataan 'benda'. Baru sedap gua nak mengarang. Tak rasa selindung orang kata.

Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita membuatkan benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutukkan, yang kita biarkan, yang kita lepaskan, yang kita rasa menyampah, yang kita rasa benda tu dah tak patut ada dalam kumpulan kita, yang kita tidak rasa ia tidak lagi berguna untuk kita buat semester ni, yang kita rasa dah memang buat boring je kalau ada benda ni, yang kita anggap benda ni lah yang merosakkan pointer kita, atau lebih sedap kalau kita kata benda ni dah memang tak ada makna sikit pun dekat kita sekarang. Mungkin kita silap. Sebab benda ni dah kenal sangat dengan kita. Bila dah kenal masalah mungkin payah nak timbul.

Macam ni la gua bagi contoh senang, lu ada kaki. Kaki lu kotor. Lu cabut kaki lu. Lu tukar dengan kaki orang lain. Yang jauh lebih cuci bersih dari kaki lu. Lepastu cuba lu bangun berdiri. Boleh ke tidak. Bukan ke payah lu nak berdiri? Bukan ke payah lu nak berlari? Apa ke dosanya bila yang kotor ni lu cuci bersih dan mula berdiri dan berlari? Payah ke? Susah ke?

Bangang apa main kaki-kaki ni.

Okey sekarang tak payah citer panjang. Pokoknya macam ni, perubahan yang perlu betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni kita sendiri. Belajar terima benda tu dengan kita. kita tak boleh lari dengan benda tu sebab benda tu kita pun kenal dia, dia pun dah kenal kita. Macam adik beradik. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit. Kita sama-sama terima seadanya.

Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu benda' itu kepada 'seseorang'. Amacam ada rasa tak?

Macam ni la. Jangan merangcang sangat la. Tak elok. Orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah jadi tak best. Dan gua pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah belajar, kawan kawan, kewangan dan semua - semua. Gua tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana sini. Sekurang kurangnya, gua ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang gua boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat. Ah mana ada orang perfect kat dunia ni. Ye dak?

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Bangang namanya. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa apa. Kejar impian kita sampai dapat genggam ketat ketat. Tak mampu kejar impian?

Kalau kita tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai. Biar lambat asal selamat!


nota kaki: Oh maaf, gua tak cakap pasal gua, tapi gua cakap pasal kita. Semua...Okey tak faham? Baca banyak kali. Faham lah tu...