Sabtu, Oktober 30

piala malaysia edisi 2010



Perlawanan akhir tahun lepas akhirnya membuatkan dendam terhapus sama sekali malam ini apabila Kelantan menewaskan juara bertahan Negeri Sembilan 2-1 dalam perlawanan Akhir Piala Malaysia edisi 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Ini sejarah!

Gol-gol dijaringkan oleh:

NEGERI SEMBILAN
Minit 14: Shahurain Abu Samah (Penalti)

KELANTAN
Minit 57: Hairuddin omar
Minit 65: Mohd Badri Radzi [piya]

p/s: happy deepavali B. Sathianathan

Isnin, Oktober 25

Joy ketua suku kaum


"Kat mana sebenarnya kita ni, Tok Ketua?" tanya Cik Tazan sambil mengunyah lepat ubi.

Ketua suku kaum diam seribu bahasa. Pertanyaan Cik Tazan dibiarkan saja. Sebilah pisau jenis 'Rambo' dikeluarkan dari sebalik kaki kanan yang dibaluti dengan kayu-kayu rotan halus orang-orang asli. Seperti seorang yang berpengalaman luas, Ketua suku kaum meneliti kompas di hulu pisaunya. Keningnya berkerut-kerut. Berguna juga pisau yang dibelinya ketika singgah di Uptown masa keluar hari minggu selepas penat berkuliah.

"Kedudukan kiblat tak banyak berubah. Tok yakin kita masih di dalam kampung kita..." Jawab Joy tenang sebagai seorang ketua suku kaum yang banyak pengalaman tentang selok belok hutan belantara dekat rumah buluh yang dibina. "Lepat ubi tu mana dapat?" Tanya Joy si ketua suku kaum.

"Jumpa dalam kocek seluar. Ada lagi satu kalau Tok Ketua nak. Rasanya masin-masin la sikit, nah amek rasa, buat ubat" kata Cik Tazan sambil hulur lepat pada ketua.

Joy menggelengkan kepala dan terus melangkah pantas meredah semak-samun yang seperti tiada penghujungnya. Berjalan secara anak-anak tetapi geraknya laju. Kepala sahaja yang kuat hangguk. Cik Tazan menurut sahaja dari belakang. Sementara itu cuaca semakin panas terik tanpa sebarang awan di langit biru.


***

Dalam perjalanan, tiba-tiba Joy berhenti dari langkahannya dan berkata "Dah sampai masanya untuk kita lebih sistematik dan komited dalam belajar. Walau sebagai kaum asli pun, kita mesti ada wawasan, pandang ke depan bukan asyik kutuk dan caci kaum lain" kata Joy dan Cik Tazan hanya mampu menganggukkan saja. Tapi bila ketua suku kaum Joy toleh balik kedepan, Cik Tazan buat muka.

"Buat muka lagi Tazan, nanti Tok sumpah jadi Semelai, nak?" kata Joy pada Cik Tazan dengan suara yang agak garau. "Semelai tu ape tok?" tanya Cik Tazan dengan muka serius.

"Lepat ubi!, Dah, jangan banyak tanya, balik ni tok nak main fesbuk" jawab ketua suku kaum Joy. Mereka teruskan perjalanan.



Bersambung...

Isnin, Oktober 18

bicara burung hinggap

Dari dahan
Kau lihat aku
Kau ketawakan
Kerana
Kau kata
Kau tak pernah jumpa orang macam aku.

Aku gelak
Kerana
Dengar kau kata
Kau tak pernah jumpa orang macam aku.

Aku?
Biasa
Kau yang pelik
Kau yang kuno
Kau yang janggal

Jumaat, Oktober 15

ke kolumpo

Sabtu 2 3 lepas gua turun Bukit Bintang. Gua turun sana pasal gua teman Apit Hongkong, Pidaus Cameron highland, dan Epie Mentakab, kerna dia orang mahu angkat barang sikit. Gua kebetulan jarang-jarang main kat sini. Banyak main kawasan Seri serdang-Kota bharu-Pasir mas saja. Tapi kalau ada duit sikit, gua lepak kedai mee celup Pok ka. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, lepak kena teh di negeri sendiri apa-apa hal senang sikit.

Bukit Bintang hari sabtu memang kacau. Sikit pun tak sama macam Bukit Espo. Bukit Espo ni dalam kawasan UPM, atas sikit dari Kolej serumpun. Dengar cerita sana ramai budak-budak kapel jogging-jongging kat sana. Kalau main 2 3 round sampai maghrib tu memang 'true' la tu. Ada sesetengah kapel dia orang jogging sekerat, duduk-duduk makan sandwish pon sedap jugak. Kalau macam tu, tak 'true'. Ini pun gua dengar ramai kutu-kutu laki pegi sana buat-buat jogging nak takle makwe Iran yang buat warm up kat situ. Ape ke jadah ntah.

Dalam kesesakan Bukit Bintang hari sabtu itu, gua dan Apit Hongkong berjalan tak cakap banyak. Masing-masing fokus. Banyak sangat betis makwe nak kena tengok sampai lupa nak berborak.

Lepas penat jalan, cari kedai makan. Lepas makan pumpang-pumpang sembang. Pasal keta, pasal kaum, pasal masa depan. Tiba-tiba lalu keta polis. "Ni pasal Sosilawati la ni" sampuk Pidaus. Yang lain buat tak tahu. Lepas makan, sambung jalan lagi.

Tapi tak lama lepas tu sampai depan Meybank, gua tepuk bahu Epie.

"Pie, Bangfes memang tengah naik betul ye sekarang?" tanya gua.

Epie nganga kecil sambil pandang kiri kanan. Kemudian Epie pandang gua. Gua pandang Epie. Mata bertentang mata. Senyuman nipis terukir.

Kanan kiri depan belakang semua Bangfes.

P/s: Bangla

cerita zaman sekolah

Ini entri panjang. Kalau bosan tolong hentikan bacaan anda. Plot tak ada. Jalan cerita tak ada, konflik, klimaks semua lingkup. Mungkin tersasar tanpa arah tuju.

Waktu zaman sekolah dulu-dulu gua seorang budak yang kurang bersungguh-sungguh. Tidak kiralah, daripada bangun pagi-pagi, mandi pagi, gosok gigi semuanya tidak terlalu obses. Itu memang gua. Mungkin pada masa tu gua budak yang hanya reti nak sedap-sedap sahaja. Tak tahu pentingnya itu sekolah.

Biarkan dulu cerita pasal budak-budak ni. Cerita sekolah gua.

Mula sekolah daripada sekolah darjah 1 sampai 6 kat kampung. Kg. Delima. Terletaknya sebuah kampung yang dekat-dekat sahaja antara P.mas dan Tumpat. Gua budak lagi masa tu. Tau nak makan aiskrim, main basikal, lepak kat tepi parit dan bila kantoi ngan mama kena bising, main bola yang pukul dengan kayu dan lari bulatan atas selipa sampai lewat petang, pastu tengok tivi cerita doraemon sampai habis, mandi lambat-lambat dan chop bilik mandi no.1 di kalangan adik beradik gua. Malam-malam kena paksa pegi tusyen. Susah-susah juga bapak gua masa mula-mula nak bagi gua jadi orang yang suka belajar dulu. Masa tu UPSR gua tidak secermerlang sepupu-sepupu gua. Masa tu sikit pon gua rasa tak gelabah sebab dapat 3A. Mencari perempuan untuk di jadikan cinta monyet? Jauh sekali. Gua lebih sibuk main polis entri lawan dengan budak kampung sebelah dan main basikal ronda kampung ke kampung. Lewat-lewat dekat maghrib baru reti nak balik rumah.

Masa masuk menengah gua masuk kejap kat sekolah menengah kebangsaan Wakaf bharu. Masa nih semua member-member gua dah pandai pakai minyak rambut, yang perempuan reti dah pakai-pakai bedak. Nak kelihatan menawan katanya. Jodoh gua kat sekolah tu tak panjang. Tak sampai sebulan pun. Gua memang syak bapak gua tak nak bagi gua sekolah kat situ, sebab dekat dengan rumah. Nanti tak jadi orang katanya. Gua kemas baju dan bawak apa yang patut. Gua kena duduk asrama dan sekarang gua masuk sekolah menengah kebangsaan agama Falahiah. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal basikal.

Gua jadi budak yang patuh pada peraturan masa dekat sekolah tuh. Sebab cikgu-cikgu dia garang macam bapak gua. Kawan-kawan pun dah lain. Semua budak-budak sekolah tu jenis yang suka duduk depan masa belajar dan suka berlumba-lumba datang awal ke sekolah. Nak tak nak gua kena into sekali. Sekolah ni semua laki, kena pakai songkok. Form 1 sampai form 3. Lama-lama kat sini gua buat kawan. Ramai. Semua yang ada rasa macam gua. Yang satu kepala la senang cakap. Otak semua reti yang nak seronok-seronok. Belajar letak tepi. Malam-malam keluar ikot lorong babi pegi tengok bola kat kedai pelayan. Kat sini gua belajar macam-macam dengan rakan sebaya. Yang seronok? Yang baik? Yang tak baik? Yang ada faedah? Yang tak berfaedah? Kenangan? bersepah. Suka sekolah semua laki ni. Tak ada banyak konflik dalaman antara rakan sebaya. Seronok-seronok jugak PMR 7A masa nih. Bapak gua mula jalan tak jejak tanah. Gembira tak payah cerita.

Bila dah macam tu. Gua masuk sekolah asrama penuh. Sains Seremban. Sekolah ni pun semua laki. Budak Sains Seremban ni tradisi dia kalau nak cari awek, cari kat TKC, budak tungku kudsiah. Sekolah perempuan. Gua? Tak. Gua tak join dengan budak - budak yang suka lepak kat McDonalds kat Terminal 1 yang memag tempat budak budak TKC lepak. Gua memang tak ada masalah dengan laki. Kat sini gua kenal lagi ramai kawan dari banyak negeri. Memang masa tuh gua banyak diam je. Cakap pun buat orang tak faham sebab gua bantai longhat negeri. Rasa nak balik rumah memang ada. Hilang akal apa boleh lupa rumah halaman. Masa tuh gua tak malu tak segan join budak dikir barat. Join bola. Join ragbi. Gua masih tak into dengan belajar. Kadang-kadang gua dapat jugak nombor corot. Main-main punya pasal. Ouh ya, disebabkan passion gua terhadap bersukan pada masa tu memang dah bersinar, gualah yang paling excited bila sampai kelas Pendidikan Jasmani! Buku tak bawak, Baju PJ bawak.

Dekat sekolah ni gua banyak gaduh, sekarang dah pandai-pandai memberontak. Sikit punya hal pun boleh buat isyarat tangan, angkat jari tengah. Entah dari mana gua belajar pun gua tak tahu. Gua ingat masa tu senior senior asyik target budak negeri gua je nak rembat. Masalah punya kecik pun boleh nak tengking-tengking gaya handal bodoh sombong. Kata diorang budak-budak negeri gua berlagak. Kenapa? Manalah gua tahu. Tanya la mereka. Racist negeri kot. Sebab masa gua masuk situ ramai batch budak pantai timur dan nak jadikan cerita kitaorang kalau makan dekat dewan makan, mesti nak penuhkan meja dengan budak pantai timur ni. Tapi ada jugak budak negeri lain yang amek port. Tu tak ada masalah langsung kat gua. Lagi suka ada lah. Dan kalau bersembang beria. Bajet orang lain tak de je kat dewan tuh.

Gua jenis perangai suka melawan. Cikgu disiplin sekolah ni ada masalah kalau ada budak-budak dari pantai timur masuk sekolah dia. Ada je salah. Ada je point nak sebat bontot. Gualah tu. Pagi-pagi lagi dia dah bagi muka menyampah kat aku masa mengajar PJ. Pernah sekali cikgu disiplin panggil gua atas sebab tak hormat senior. Telinga gua penah dengar cikgu tu kata "Ko nak jadi samseng? gengter? Tak hormat orang?" Cikgu tu sikit tak tunjuk yang dia ni adil sebab tak bagi langsung gua bela diri masa tuh. Senior Form 5 suruh gua panggil diorang abang gua tak nak, masa tuh gua form 4. Brader, setahun je beza. Kita kawan kawan la. Tak payah nak tunjuk abang besar dekat sekolah. Lagi, gua penah jugak kena tipu, ada budak gua tak kenal masuk kelas, panggil gua keluar kata ada orang nak jumpa. Gua syak benda tak elok dah masa tuh. Tapi gua pegi jugak. Apa nak jadi, jadi. Sampai satu blok sekolah, tak ada orang. Yang ada cuma senior-senior yang konon-konon kental masa tuh. Tak ada cite panjang. Penumbuk sebijik kat perut. Bangsat. Gua memang tak lawan. Mereka ramai. Apa-apa boleh jadi. Pengalaman.

Geram, dendam semua ada. Gua letak depan-depan kat hati. Gua lari cari senior yang gua kenal, dan dia juga kenal gua sebab sama dorm. Selang berapa jam dia pegi talk gaya ala-ala brader jaga parking, lepas tu setle.

Setle bende? Gua yang kena penumbuk ni apa cerita?

Tak boleh buat apa pey, ni bukan tempat kita" gua akur sahaja sebab perjalanan gua ke stesen bas untuk ambik bas balik ke kelantan tu jauh. Terminal, nama stesen bas tuh. Memang port tempat gaduh-gaduh. Macam-macam boleh jadi kat gua. Mak bapak jauh. Tapi ada juga budak kelantan yang jadi tali barut senior bangsat masa tuh.

Celaka kan? Gua tahu, nak hidup senang kat situ. Kena jadi kipas senior. Macam melayu jadi baruah jepun semata-mata nak cari makan zaman sebelum merdeka dulu. Ptuihhh!!! pigi daah. Tapi bila sama-sama dah jejak kaki kat negeri sendiri baru nak baik ngan gua. Tahu engkau takot? Politik kuat ni.

Setahun gua bertahan. Caci maki. Bontot kena sebat sebab turun lambat ke kelas. Kutukan. Hinaan. Tapi yang bersembang pijak semut tak mati depan gua. Depan-depan reti pulak senyum-senyum. Macam bodoh walau sekolah kat tempat pandai.

Kenapa diorang tak suka gua?

Haa, part yang ni payah sikit. Kalau lain cara lu baca, lainlah bunyinya. Gua dibenci adalah kerana...adalah kerana gua muka jambu. Jambu??? Gua tak tahu lah. Tu diorang punya cerita. Tapi yang boleh ngam ngan gua memang ngam. Makan sepinggan pon tak apa. Kepala sama. Nakal-nakal gua masa tuh gua tak hisap rokok. Sampai sekarang. Tak tahu kenapa. Sebab tu jambu. ECECEee...

Untuk menjaga kesihatan yang lebih berpanjangan gua balik sekolah dekat dengan rumah. Kat sini gua kena jugak tinggal di asrama. Genap 5 tahun jadi budak pelajar asrama. Seronok, selesa dan gembira bila dapat balik belajar dengan kawan – kawan yang sekepala, dua kepala, tiga kepala, empat kepala (kau kira sendiri sampai habis). Tak payah pelat-pelat nak cakap KL lagi Gua amik SPM pun kat sekolah ni. Pertama kali sekolah campur laki perempuan. Teruja? Sikitlar. Girlfriend? Mula-mula tak ada. Last-last gua yang hati kering ni sangkut gak buat kali pertamanya. Tapi gua lagi sibuk tidur dalam kelas, tidur masa prep, main daun terup dan main game. Dah tutup cerita.

Kelas gua bukanlah kelas pandai. Kelas kedua terhebat masa batch gua kat sekolah tu. Masa gua masuk sekolah tuh ada ura-ura mengatakan gua ni budak pandai, pastu kena rijek sekolah asrama penuh. Kalau kena rijek tak da gua tahan sampai setahun bertapak kat sana. Okey, Kalau nak ikut hiraki dia macam ni. Gua pun ingat tak ingat je ni.

ALFA– Kelas pandai. Beria sangat kalau bersembang pasal naruto. Ramai pengawas. Ramai yang berkaca mata. Diehard gamers. Susah sangat nak tengok diorang tidur masa cikgu tak masuk kelas.
BETA– Kedua terpandai. Lelaki paling sikit. 9 orang. Kelas gua. Asyik menang kelas paling cun.
GAMMA– Selalu berusaha gigih agar tak nampak macam kelas nombor 3. Yang laki suka takle budak-budak bawah umur buat awek. Ramai budak asrama.
DELTA– Tengah – tengah. Hebat bila melukis dan buat beg kertas. Suka dengar lagu Radja. Pastu suka upgrade henpon. Sembang je bukak cite pasal awek.
OMEGA– Semua budak dalam kelas ni rata-rata ada moto. Suka bukak ringtone lagu kuat-kuat kat henpon.

Kehidupan itu lebih penting untuk dipelajari bagi gua daripada fakta dan nombor dalam buku teks. Ilmu kita boleh dapat dalam buku, tapi pengalaman tak. Gua ingat nak berguru dengan pengalaman kehidupan sendiri. Gua pikir pasal SPM. Ada rezeki adalah. Dalam kelas ni gua jugak yang isi nombor corot dalam kelas. Entah macam mana aku nak sebut pun tak tahu. Sebab gua jenis yang bukan skema kot. Ouh ya, lagi satu malas. Serius. Tahu keje nak tido saje bila subjek biologi.

Budak-budak kelas gua rata-rata yang anggap gua tak guna sebab kerja sekolah asyik nak meniru orang yang dah siap. Malas tahan cipan. Ada sorang cakap gua ni tak kemana nanti, gua dah tanam dendam kat hati dalam-dalam. Setahun aku kat sekolah tu, dia mati-mati ingat aku ni pelajar yang tak boleh pakai, untuk hari ini dan masa depan. Masa beredar, zaman berubah, gaya rambut bersilih ganti, fesyen seluar longgar dan ketat, SPM pun sampai.

Result keluar. Ni satu lagi cerita. Gua seumur hidup tak pernah rasa bagaimana perasaan terima result kat sekolah macam member-member yang lain. Semua result tahu kat rumah. Sapa bagi tahu? Sapa lagi bapak gua. Yang memang tak ada masalah dengan PPD. Pejabat pendidikan daerah.

Bila gua habis sekolah, gua belajar lebih banyak tentang kehidupan yang tak pernah gua dapat dalam buku teks corakan UMNO di sekolah. Sejarah Malaysia pun aku belajar kali kedua bila aku dah habis sekolah. Sejarah yang tak pernah diceritakan di sekolah. Dan gua terfikir, kalaulah gua bergaul dengan orang – orang yang ulat buku, belajar tunggang langgang semata-mata untuk menghafal fakta dan nombor saja. Mungkin hari ini gua dah berkaca mata. Mata jadi rabun. Mana jambu kalau pakai kaca mata. Ye dok?

Aku?

Hari ini aku jadi manusia. Manusia yang tak pernah aku bayangkan waktu dalam kelas. Aku jumpa macam-macam ragam orang dan hari ini gua boleh berfikir dengan otak aku yang ada orang kata gua kata tak boleh pakai dulu. Emm sekarang gua ada diploma dan masih sambung ijazah lagi. Insyaallah dalam 3 ke 4 tahun habis belajar dan cari rezeki. Duit soal lain, cikgu. Bukan itu yang gua kejar. Gua belum menjadi hamba duit. Mintak jauh. Dan engkau sekarang apa bikin yang pernah dulu kau cakap aku ni tak kemana, tak ada guna? Duduk kat rumah? Isi masa lapang? Diploma pun sangkut? Masuk matrik separuh jalan? Ini cerita, jangan berlagak dan sombong bila tentukan hala tuju seseorang. Senang cerita, jangan pandai-pandai. Tak kira lah kamu itu cikgu disiplin sekali pun. Doaku moga semua berbahagia.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani...Aku bersyukur.

Kini?

Bilang pada aku, memang tak guna ke aku hari ini? Gengter kah aku hari ini? Samseng kah aku hari ini?

Mahukah kau tumbuk aku lagi hari ni, senior? Gua melayu, lu melayu, yahudi suka la bila jadi gaduh-gaduh ni. Ade kepala, pikir sikit.

Khamis, Oktober 14

aku pinta


kalau aku jumpa teko ajaib,

akan ku pinta tiga permintaan,

pertama,
aku minta masa bahagia di putarkan balik,

supaya aku dapat mulakannya ia semula,

kedua,
aku pinta dia kasih dan cintakan aku seadanya,

supaya aku dapat menyayanginya sepenuh hati,

ketiga,
akan ku pinta hidupkan wajah didalam gambar ini menjadi manusia,

dan akan ku nikahinya sehingga hidup bersama selamanya.

Sabtu, Oktober 9

Sikit sebanyak

sikit sebanyak



Semua bangga,
Lulus semua,
Ke masa depan kita,
Ku menjangka hanya yang terbaik,
Kini ia bersayap,
Akan ku lakukan hal yang besar,
Penuhi setiap cabaran,

Sekolah lagi,
Ia tiada hentinya,
Sampai ke hujung,
Akan ku kejar harta karun,
Karun yang namanya kejayaan,

Untuk kejayaan,
Ia mekar,
Selama lamanya,
Bukan siapa siapa,
Ia milik kita seada,

Ku panjatkan syukur,
Kepada yang membenihkan,
Kepada yang mendidik,
Kepada yang meneman,
Kepada sekalian,
Aku terima kasih.


Rabu, Oktober 6

kelas kelas kelas

Pagi kejap tadi gua masuk satu kelas apa benda nama entah. Gua datang boleh kata awal juga. Masa tu dalam kelas ade test. Baru ada 6 orang mamat dan beberapa orang makwe. Rasa macam menyesal pun ada. Rasa macam tak gengster pun ada.

10 minit kemudian, barulah berduyun-duyun sekor-sekor mamat dan makwe masuk ke dalam kelas ikut pintu depan. Akhirnya dekat 40-50 orang dah memenuhi kerusi meja. Rambut pacak saja ada dalam 11 orang. Rambut congek depan ada dalam 3-4 orang. Rambut Tomok, ada satu. Perasaan nak pijak tu gua cuba pendam kemas dalam-dalam.

Kemudian seorang pensyarah lelaki masuk. Berkaca mata.

Pung pang pung pang pung pang. Habis 2 jam.

Gua antara orang mula-mula keluar kelas. Buat ape lama-lama. Lantas gua menapak pergi kena nasik lemak sama itu teh tarik kat cafe dengan hati yang dihiris sembilu bisa. Biar kecamuk dalam badan surut orang kata. Sepanjang kat sini, pengajaran yang paling jahanam pernah gua jumpa. Sepatah haram tak paham. Dia punya jahanam sampai gua rasa nak balik rumah tolong bibik buat keje ape yang patut. Apa nak jadi ngan gua ni.

Gua syak, ini semua propaganda barat yang punya pasal.

Gua harap kementerian pengajian tinggi dapat pantau benda-benda macam ni. Jangan sampai remaja-remaja mula duduk atas meja buat shuffle dan hidu gam dalam kelas sebagai tanda protes. Yang penting jangan sampai gua lempang sorang-sorang. Gua nak berubah wei. Ini ke lelaki akhir zaman.

Dari jauh gua tenung dalam-dalam je awek lalu-lalang. Ni baru ada wawasan!


Ahad, Oktober 3

majlis hari raya kolej 15

Anyaman Ketupat, Sulaman Muafakat...

Seperti yang di war war kan...gua nak update tentang majlis sambutan hari raya peringkat kolej gua...kolej 15...

Walaupun sebenarnya agak lambat untuk gua memberi khabar tentang majlis sambutan ini, tapi gua tetap mahu khabarkan. Kenapa lambat? Kerana sebenarnya benda ini telah bermula semalam. Gua di beri amanah handle p.a. system. Gua masih stadi lagi pasal benda-benda nih.

Kena maafkan gua la, kerana tuntutan kerja gua semakin menjadi - jadi. Macam budak umur 2 tahun yang dah pandai berlari, maka setiap bukaan langkahnya mesti nak berlari.

Ya, takda kena mengena. Gua tahu tuh...

Baiklah, sedikit perkongsian tentang majlis nih.


gua tau la keje gua!


kasi angkat itu banner!


belajar kenal huruf...

gambar pasal ni banyak lagi...nanti gua kumpul banyak-banyak...gua upload lagi bila ada masa...


p/s: hal backdrop tak matching dengan sambutan hari raya letak tepi dulu, ni ape hal gua kene amek tugas buat persiapan pentas! huhuh