Isnin, Jun 7

Sikit aku ambil daripada kau

Ya!
Sangkaan aku tepat.
Langsung tidak meleset. Sama sekali.
Apa dia?
Tak adalah, aku ingat dia lembu.
Haha! Nasib baik.
Sedar diri rupanya.
Baguslah macam tu…
Aku bangga…
Aku hormat…

Sikit aku ambil daripada kau.
Bunyinya ala-ala sadis begitu
Begini…
aku sahaja yang bodoh
Ini pemikiran sebenarnya.
Aku percaya,
Itu bukan kau,
Aku tak pikir kau begitu.
Kau cuma tak telus.
Pada siapa kau tanya?
Jasad dan roh kau sendiri sebenarnya.
Kau yg ramuk,
Kau yg berkawan dgn sendirian,
Kau katup rapat utk aku,
Katup serapat-rapatnya,
Langsung tak boleh masuk,
Bagi lah sikit…
aku pinta,
tak banyak pun,
tak luak pun,
Cuma sedikit sahaja,
Celah gigi pun jadi.
Tapi tak apa,
Sekurang-kurang aku berani.
Tak tipu diri sendiri.
Biar aku yg mengalah,
Tapi aku menang bergaya sebenarnya,
Apa yg aku bicara,
Akhirnya kau utus ringkas.
Mujur kerana mengirimi.
Yang tinggal hanya teknologi ini.
Aku teruja sebenarnya.
Terima kasih…
Oh ya, pasal lembu tu,
aku pikir,
memang patut kau ke sekolah,
belajar lagi,
kau lupa itu peribahasa?
Itu umpama sahaja wahai kawan.
Aku melayu dan kau juga melayu,
Melayu ini kaya bahasanya.
Ya , ya…aku ingat!
Melayu mudah lupa.
Tak apa...

Dengan seluruh aku mengharap,
Baik-baiklah semuanya,
Terus berbisik pada Tuhan.
Agar jadi nyata.

Kawan,
Kau boleh senyum sikit tak…

P/s: lembu tak boleh senyum tau kalau awk nak tau...:p

Sabtu, Jun 5

saya suka orang, orang tak suka saya

Dalam kepala aku…
Berbelit-belit,
Melilit-lilit.
Macam ular.
Ada persoalan. Sikit. Tak banyak pun.

Aku semak akaun Facebook,
Ada yg tak kena.
Aku senyum. Bodoh! Dah tak boleh bukak.
Nah, sekarang baru kau buat.
Dah lama tunggu?
Kau buang aku. Tak cakap pun.
Huh..ini tak patut…tak adil...
pada aku.
Besar sangat dosa aku. Mungkin…
Hah! Nak tergelak aku…
Bila ingt silap aku tempoh hari dengan hukuman,
tak logik...langsung.
Tapi aku mahu tengok.
Tengok kau…siapa?
Tengok kau lah…yg romove aku.
Nasib baik ada teknologi ni...aku kata.
Dah kau buang aku,
Macam mana nak tengok,
Utk setiap hari…ya, utk setiap hari,
Tak tahu itu?
Aku tahu engkau tak tahu.
Padahal...
Ada org suruh? Org tersayang, kononnya...
Aku harap kau bukan lembu,
Yg ditarik hidung.
Utk hentam aku...hentam saja lah...
Siapa tentang siapa…
tak tahu siapa kau gila,
tak tahu siapa kau mahu,
aku juga yakin.
aku berani kata.
Kau tak tahu apa kau nak.
Kau tak ada disiplin.
Kau tak tepati janji.
Kau berlagak.
Tapi kau sayang aku...aku tahu.
Kau tak hormat aku sebagai kawan kau…dulu…
Kau tak sayang itu?
Marilah ke sini,
aku ajar kau bagaimana nak hormat orang.
Kau tak patut buat macam tu…
berkawan biar ramai, bermusuh jgn. Ingat?
tapi kau…sebaliknya.
Aku sedih.
Kau kena sekolah lagi,
Belajar banyak-banyak pasal ilmu berkawan…
Supaya lain hari kau tak kan rasa macam aku rasa…
Ya, aku tahu aku juga sedar,
Aku habuk,
Aku tak ada apa,
Aku mintak maaf,

Buang racau ini segegasnya. Tolonglah…
Semoga esok ia pergi,
Tenang seperti biasa,
Aku mahu tidur, selamat malam seluruh hamba.

Khamis, Jun 3

Ini entri tidak emo!

kau pegang sehelai kertas,
kau sendiri yg bentukkn hati,
kau gambarkan ia milik kau...
ya, kau yg kata...

dalam bual,
kau carikkan,
cebis demi cebis,
ya, sedikit-sedikit...
langsung jd sampah!!!

aku lihat...
kau hulur.
penuh atas tapakku.
aku lopong pandang,
aku layan,
aku sengih,
kau, riang...
kau, aku fikir...
kau puas...

aku tanya...

Ini hati kau,
benar ini milik kau,
penuh?
kau bilang,
"Aku tak pernah beri, sikit pon aku xpernah"
''Aku bagi kau sampah"

aku: kelu...

Rabu, Jun 2

berbisa, rakus, jahat.

hidup ini pikir rasa cukup.
cukup segalanya.
rasa ini pikir asyik.
rasa ini pikir selesa.
indah terasa.
tapi ia bukan yang sebenar.
kesal.
letih.
bodoh rasanya.

Ada yang mengoyakkan biji mataku,
lalu tak melihat lagi aku.
Ada yang mencarik lidah aku,
lalu tak berkata lagi aku.
Ada yang memecahkan gegendang telingaku,
lalu tak mendengar lagi aku.
Ada yang memamah hidungku,
lalu tak menghidu lagi aku.

Ular - ular ini datangnya bukan calang.
Dari peradaban seorang jantan,
Dari disiplinnya,
Dari sejarah,
Dari ruang masa,
Dari tensi,
Dari refleksi.
Sebenarnya.
Berbisa,
rakus,
jahat.

aku tidak tahu....
Terdapat ralat dalam alat ini