Sabtu, Mei 21

santan

Bila cuti cuti ni gua tak tahu nak main apa kat rumah. Lain lah kalau ada ofis ke nak bangun awal pagi pasang tali leher, orait jugak jalan cerita pagi pagi gua macam tu. Oleh tu, sekarang dekat dekat tengah hari baru gua bangun. Itu pun sebab rasa serba salah dekat matahari. Orang tua gua pun dah bising. Bilik gua pula pintunya jenis boleh kunci dari belah luar, belah dalam tak boleh. Arkitek mana la bikin pintu bilik pesen kuncinya belah luar saja. Buat naya je nak tidur senang senang. Kalau gua tidur hotel tak manis pula rasanya.

Hari jumaat. Ini pagi gua bangun awal sikit dari biasa biasa. Bangun pukul 9 pagi. Sebenarnya mama gua kejut gua pagi tadi pasal pasal suruh pegi beli barang dapur. Ikan, santan, lobak, timun, macam macam lah. Bapak gua ada kat kolumpo. Jadi gua la kena pegi. Mulanya gua memang liat nak bangun. Tapi sebab mama gua dah bising bising, gua bangun. Takut tak sedap pula makan tengah hari nanti makan nasi lauk semalam. Mandi mandi belakang kira. Gua terus keluar capai kunci kereta sambil genyeh genyeh mata. Takut bertaik mata pegi kedai tak elok pula orang kata.

Gua terus tekan pedal minyak rapat sampai lantai. Jarum meter kereta Proton Iswara mama gua cecah 268 km/j.

Sampai kedai gua tengok boleh tahan juga ramai orang. Rata-rata kaum mak mak je yang ambil bahagian sambil jalan lengang lengang jenjeng plastik. Macam macam plastik. Ada plastik daging, ayam, sayur, dan banyak lagi.

Dah selesai beli barang, gua melencong ke bahagian jual surat khabar. Se-tak mandi mandi gua, minat membaca memang dah lama berputik dalam hati. Gua selak Metro. Silap, bukan selak, gua terbalikkan. Bola dulu, baru Perdana Menteri punya berita. Tak ada yang sedap melainkan berita pasukan Manchester United yang menang liga. Gua katup balik. Tak beli pun.


***


Sampai pintu pagar rumah, gua tepuk dahi. Tanda terlupa satu benda lagi tak beli. Sibai! Gua lupa beli santan.

"Ah dah sampai rumah pun" getus hati kecil gua.

Kepala gua ligat pusing pikir apa benda nanti nak bagi tahu ni. Kang kata lupa kan, nye suruh pegi lagi. Gua bukan apa takut nanti orang kata dah ada bini pulak pegi pasar acap acap kali.

"Long, mano santan mama. Beli ke dok, takdok pun ni" sayup sayup suara mama bunyi dari belah dapur.

"Santan habis" gua matikan ayat. Dalam hati rasa bersalah gila.



Terdapat ralat dalam alat ini