Sabtu, September 25

Hari minggu

Dalam pukul 11 pagi ni adalah waktu yang sedap-sedap bangun bagi seorang anak muda yang mempunyai wawasan. Sebaik celik je mata, mengeliat dua tiga aummm, gua capai botol mineral sebelah tilam dan minum sehingga berselera untuk memulakan hari yang indah ini. Di dalam bilik yang sunyi sepi dengan hanya kedengaran bunyi kipas siling dan sedikit kacau bilau kenderaan di luar sana, gua lihat laptop yang masih berfungsi akibat daripada terlena tatkala menonton siri kegemaran ramai, Supernatural.

Semenjak dua menjak kebelakangan ini, hampir setiap malam gua layan Supernatural ni. Walaupun tak 'menten' hari hari tapi bila ada chance tengok. Cite ni pada gua dia punya stail lain macam sikit. Jalan cerita pun sedap ada sambung menyambung, logik dia jelas dari babak ke babak, flow lancar, dan ending macam buat gua nak tengok lagi dan lagi. Perjalanan cerita yang bersahaja, dikuatkan pulak dengan setting pelakon yang menjadi, gua patut puji Supernatural selayaknya. Lupakan plot cite yang mengarut-ngarut, perkara yang lagi utama ialah pakej keseluruhan drama yang menjadikan gua rela tahan kencing sampai cerita habis.


***

Dah habis cerita pasal Supernatural, sekarang gua jengok fesbuk sekejap. Punch card orang putih la katakan. Kalau senang sikit gua ingat nak tambah entri kat blog.

Lar...tak kan hari minggu gua macam ni je tiap-tiap hari?

Selasa, September 21

Back to 'school'


Sebahagian daripada fungsi stesen-stesen pengangkutan adalah untuk memisahkan orang. Maka guq sekeluarga juga terkena tempiasnya. Gua ingat la KLIA sama, LCCT pun sama, stesen bus lagi la sama. Oh ya, stesen keta api pun sama gak. Nak cerita sini yang gua naik keta api sebab tiket bas habis. Kasi habis cerita, naik je lah keta api. Kuliah letak tepi, 3 hari ponteng, gua harap ada member-member tolong 'back up' sign atenden kat gua.


Kejap lagi sebelum magrib nanti berangkat lah gua mengejar cita - cita yang memerlukan perpisahan. Masih banyak ruang Aidilfitri belum diselongkar. Ternyata benar, dalam setiap cita - cita, memerlukan pengorbanan.

Apa boleh buat, kentalkan saja...doakan gua selamat sampai...Serdang tunggu ambo!

Setengah hari beb atas keta api...Gila...

Ahad, September 19

Dari meja kedai ustaz

Pukul 10 setengah malam, gua dapat mesej Isam "Mari lepok kedai ustaz, jom". Mula-mula gua buat tidak je dengan utusan beliau, tapi selang 2 minit dapat satu lagi mesej. Kali ini dari Sepet "Weh tak kesian kat Isam ke mung, jom...dalam 5 minit aku g amek mung umoh". Kali ini nyata buat gua lemah. "Bereh" gua balas ringkas.


***

Gua, Sepet, Isam, Duan, Yus, Asrap dan Hamzah berkumpul di meja warung dengan wajah yang serius. Penuh satu meja. Teh dan neskepi masing-masing dah sejuk yang sama sejuknya dengan embun pada malam itu. Malam itu, Isam jadi 'incas'. Sepet yang malam tu payung gua sebab gua tak bawak sen jadi panel utama. Itu bukan sengaja dan itu bulan lipat. Gua tokok tambah mana yang patut. Duan kasi yang ringan-ringan buat penyedap. Yus dan Hamzah pula sesekali menyampuk dan Asrap banyak telan air lius selang seli buat-buat sengih.

'Pumpang pumpang pasal futsal, pasal tak boleh tidur, pasal member eksiden, pasal zaman sekolah, pasal member yang dulu lain dan sekarang dah berubah, pasal esok nak naik kereta api, pasal esok nak naik bas, pasal tiket habis, pasal bola, pasal Liverpoool lwn M.U., pasal Mere, pasal nadia, pasal Isam menangis kalau awek lambat balas mesej....pumpang pumpang. Rapat sampai pukul 1 pagi.

Macam-macam hal diborakkan sampai kerut kerut dahi.

Di meja sebelah ada dua tiga orang brader yang rasa gua dalam lingkungan awal 40-50 an.

"Budak-budak sekarang ramai isap dadah!"

Gua lain macam. Mula-mula Duan angkat kaki. Lepastu gua. Gua kata "Gua balik dulu la, nak berak"


Sabtu, September 18

"Yang penting ialah dapat menewaskan lawan"



Budak-budak Arsenal dengan Chelsea jangan masuk campur kalau budak-budak Liverpool fight sama budak Manchester United. Lu orang budak-budak lagi. Kita orang dah fight gelaran liga sejak dulu-dulu lagi. Masa tu lu orang lawan Newcastle sama Leicester pun terhegeh-hegeh lagi. Kah kah kah...

Tapi satu je gua nak ingatkan. Chelsea beli berbelas-belas pemain untuk menjadi juara Liga Juara-juara. Tapi bengap juga sebab tak juara-juara. Arsenal? Tak yang sembang dah...lagi punah. Okey, kasi habis sini...


***


Malam esok, temujanji...Manchester United lwn Liverpool

Selasa, September 14

Menjelang hari raya 4

Ini tips:

macam mana nak tahu raya dah dekat:

kita-kita dapat kad raya,
kita-kita dapat mesej raya,
kita-kita dapat photo raya yang orang-orang ramai tagkan,
pastuh ada banner selamat ari raya berserta gambar wakil rakyat yang tak penah pun melawat kawasan. [ni tempat lain, bukan kat tempat gua],
ada keluar tivi masuk berita kata budak kudung tangan sebab main mercun,
polis-polis buat ops sikap, tak kira jalan, sana-sini,
banyak polis buat roblok,
tokey-tokey kedai banyak buat sale raya,
kaum-kaum hawa sebok menggunakan wang mereka dan bertukar menjadi langsir, baju, sofa, kasut, macam-macam lagi lah,
bazar-bazar ramadan ramai penuh umat manusia daripada pergi masjid semayang terawih,

ermm...hok lain demo tamboh-tamboh sendiri lah...

Isnin, September 13

Daulat Tuanku


Lanjutkan usia Al-Sultan kami,

Sultan Kelantan raja ikrami,

Aman sentosa Tuhan sirami,

Kekal memerintah kami,

Kasih dan taat setia disembahkan,

Keriangan diucapkan,

Segala kebesaran Allah cucurkan,

Bertambah kemuliaan‌


Gua dapat Raja baru!

Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra hari ini dinyatakan sebagai Sultan Kelantan yang baru. Sultan Kelantan ke-29

DAULAT TUANKU!

Raya 1998

Pada satu malam raya yang nyaman ketika gua dan sepupu belah mama gua sedang mencucuh bunga api dan segala mak nenek mercun dengan gembiranya di halaman rumah nenek gua kat Kg. Delima, Wakaf bharu, datang beberapa orang mamat dari kampung-kampung sebelah. Mereka berdiri di tepi jalan dengan kecur air liur nak main mercun bunga api. Salah seorang dari mereka adalah Sameon. Perkara itu menyebabkan gua, Ajim, Mekyang, Apis, dan Pahmi yang satu-satunya masih belum sunat tertanya-tanya sambil membuat muka kerek.

"Siapa mereka? Nampaknya seperti orang miskin yang hendak bergaul dengan kita semua!" Ajim tiba-tiba bersuara keras.

"Tak baik cakap macam tu, Ajim. Mereka budak kampung sebelah" balas gua tenang sambil mencucuh sumbu mercun ketupat.

Gua masa tu selalu baca buku cerita yang ada moral dan selalu terpengaruh dengan nasihat nenek gua. Jadi gua sensitif dan mudah terharu bila tengok Sameon yang ketika itu pakai seluar slek kerat. Gua, Ajim dan ahli sekutu terkuat pada masa itu yang lain semua pakai seluar baju melayu kecuali Apis yang pakai seluar trek yang ada kacing kat peha sampai kaki jenama Joma.


***


Tiba-tiba, Ajim mara ke hadapan.

"Kalau kau orang semua mahu berkawan dengan kami, kau orang semua mesti ikut cakap kami!" Ajim tiba-tiba menggunakan kekerasan.

Gua dan ahli sekutu yang lain geleng kepala melihat Ajim yang asalnya dari Kampung Repek. Semeon dan kawan-kawannya pula mula berpeluh dahi berhadapan dengan Ajim yang bersikap panas baran dan memandang hina golongan berpendapatan RM500 ke bawah.


***

Sejak hari yang mendebarkan bagi Sameom itu, beliau dan kawan-kawannya seperti Sunderkaran dan Thinakaran mula bermain mercun pada hampir setiap malam terawih. Mereka nampaknya jauh lebih berbakat dan kreatif dari Ajim yang ketika itu gesek batang colok selalu patah dan baling mercun ketupat dalam air tak bunyi. Jadi gua dan ahli sekutu yang lain berasa senang dengan perkembangan positif dan pertambahan keahlian ini.

Seperti biasa, selepas bermain mercun Gua dan ahli sekutu akan berkumpul rehat di bawah pokok limau bali betul-betul depan rumah nenek gua masa tu sambil membuat ulasan bakar mercun dan berapa kuat dia punya frequency antara mercun ketupat dengan mercun bola serta berapa jauh dia punya bergema kalau dalam parit dengan dalam kalbox longkang. Borak pasal projek keluar bandar hujung minggu, borak pasal 'scene' keretapi dan 'scene' jalan lebuhraya kecuali Ajim yang borak tak masuk pasal makwe anak tok penghulu yang tinggal berdekatan.
Namun yang menimbulkan kehairanan, Sameon selalu tak ada dan hilang tanpa disedari. Dari mulut Azizi yang masa tu berkawan rapat dengan Mat Roji di tempat mengaji Ustaz Hasbullah, Sameon ni takut nak jalan kaki balik rumah bila hari mula jauh malam. Padahal jam baru nak masuk pukul sepuluh.

***

Seperti malam-malam puasa yang biasa, lepas bukak puasa, gua dan ahli sekutu yang lain akan bersedia untuk membaling mercun.

Kata Sameon si budak takut gelap "Aku rasa cuba kita semua terai test tengok letak mercun bola ni kat dalam taik lembu Pok Mat ni, amacam brader? ada brani?" sambil menoleh tepat ke muka Ajim.

Si Ajim yang memang tak nak di pandang lembik oleh Sameon segera merampas mercun bola ditangan Mekyang. "Bak sini aku cucuh" tanpa pikir panjang Ajim.

KEPOWWWW!!! Habis taik panas-panas kena kat dahi Ajim.

Sameon: Bodo la mung ni! Cucuh bedil pom tok panda! Aku nok cucuh, mung nok cucuh!


***Itu je yang gua ingat, panas-panas lagi dalam memori gua.

Ahad, September 12

Aidilfitri 2

Kacau bilau pagi raya merupakan satu scene yang berlaku dalam hidup gua sejak dulu lagi. Sejak dari dulu lagi pagi raya pertama gua merupakan satu pagi yang emo bagi gua.

Kadang-kadang gua jadi emo bila tengok mesej-mesej kat henset berderet-deret ucap selamat hari raya, ingat juga kat gua ni. Kadang-kadang gua jadi emo atas sebab mana butang baju melayu takleh 'in' dalam lubang baju melayu yang baru. Kadang-kadang gua jadi emo bila baju melayu gua tak gosok-gosok lagi. Yang paling emo bila 'bigbos'gua bising-bising pagi raya sebab subuh tak sembahyang dan lepas tu bising melarat sampai alam akhirat.

Lepas semua sudah, gua keluar rumah guna langkah kanan, gerak pergi kubur dulu sebelum pergi sembahyang raya. sama adik, sama mama, sama 'bigbos' gua. Lepas semayang raya, dengar khutbah. Masa khutbah tok imam dok bo be bo be, gua boleh pasang kuda-kuda kat dagu, gua tidur.

Habis khutbah, gua cari-cari member-member kampung gua, mana tau dapat salam hari raya. Yang jumpa ajak pergi rumah, gua kata nanti menyusul. Sampai kat tangga masjid gua dah redi nak usha awek-awek yang kompem pagi tu dress up habis. Masa tu kalau nak tengok Mek Selamah silap-silap boleh syak anak dara. Gua setting baik sampin sama songkok, bia nampak elok sikit. Memang saat ni gua tunggu-tunggu setahun sekali je. Nak usha anak dara kampung.

Usha-usha gak, ni apa cerita capal raya gua kene rembat! Gua angkat kaki seluar, gua tenang, gua senyum, gua angkat peace kat anak-anak dara sekalian, gua jalan pergi kat kereta! Gua syak kutu-kutu yang rembat memang dah aim dari stat gua turun keta tadi lagi.

Khamis, September 9

Aidilfitri

Hari Raya bergambar pakai sampin la baru steady! Gambar ni sengaja gua crop takut nanti ada orang cakap-cakap belakang.



Kesempatan yang ada, gua ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua. Elak beria sebab bangga, elak beria sebab riak. Raya raya ni songkok tak ada belakang cerita. Ada peluang balik kampung, balik. Lepas makan biskut raya, minum ayaq kosong banyak-banyak. Manisan sana sini tak baik untuk kesihatan. Tapi raya ni gua harap dapat bangun pagi-pagi buleh pegi semayang raya.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Selasa, September 7

dan bilang sama dia


Pada satu petang yang nyaman ketika gua sedang rancak bersembang dengan teman handai di sebuah pantai. Suddenly, datang seorang gadis. Cantik rupanya, baik tingkah lakunya, sedap mata yang memandang serta manis benar senyumnya. Macam pernah lihat, tapi dimana kedudukan gua masa tuh? Bekas janda? Kekasih hati?

***
Ingat zaman sekolah dulu-dulu masa gua ade awek. Fuhhh...gua dapat awek pengawas cakap lu. Ada jawatan. Ada gaya. Semua mamat usha-usha. Ada tuh, tunggu berabad tak dapat-dapat. Alih-alih gua jek dapat. Menggelupor menangis mamat tuh. Hebat gak penangan gua masa zaman sekolah dulu-dulu. Silap-silap awek tuh yang usha gua dulu. Ahahaaa!

***
Gua masuk dapur, tengok dia tengak masak. Gua peluk dari belakang "Masak apa tu awak, petang ni kita pegi pantai nak" tanya gua secara subjektif. Mesra sungguh. Panggilan pun Awak Saya sahaja. Tidak seperti pasangan yang lain. Gua ni jenis keras dalam bunga. Dah jadi suami isteri masa tuh. Bahagia hidup.

Petang pun tiba, gua packing apa yang patut. Nak pegi pantai nih. "Awak tunggu dalam keta ek, saya amek kunci keta jap" fuh..fuh..fuh...bicara gua sungguh manis masa tu. Ini keta gua masa tuh...




Baru kena dengan mood nak pegi pantai. Mungkin gua terbawa-bawa dengan drama bersiri kat tivi baru-baru ni. Tu yang dapat keta nih. Cilakak! Warna pun sama.


***


Gua panggi orang gaji gua "Bik tolong ambilkan bapaknya kunci keta kat meja besa tu. Cepat sikit!" suara gua agak kuat kat situ.

Tunggu punya lama tak sampai-sampai jugak kuncinya. Kesabaran gua ada batasnya. "Mana ni? Lambat sungguh!" berkata gua sendirian.

"Cuba bawak-bawak bersabar sikit brader..." sampuk seekor siput babi di bibir longkang dengan suara yang parau. Gua merenung siput babi peramah yang sedang mengikat buluh untuk membuat rakit.

"Ah pandailah kau siput babi, kau bukan tahu asam garam hidup bahagia berumah tangga ni."

"Ok, fine..." balas siput babi semula. Siput babi terus memakai 'life jacket' dan terjun ke dalam longkang. Gua geleng kepala.



***


Setelah dapat kunci keta gua terus ke Austin Mini Cooper gua. Selama ini menjadi bini kesayangan gua yang nombor dua.

Masuk dalam kereta, tengah komited gua start enjin tiba-tiba terdengar suara mak gua "Nak sahur tak nak ni, sahur nak habis da ni, cepat-cepat!" sambil buka lampu kat bilik gua tidur.

"Sikit lagi ma" balas gua mamai-mamai. "Ikot suka lah. Subuh kejap je lagi nih" mak gua da fed up dah. Gua tengok jam dan terus bangkit, sipi-sipi lagi nak masuk 5.30 pagi.


***


Dalam hati, gua kecewa. Gua memang salahkan seratus peratus pada orang gaji gua.

Isnin, September 6

Menjelang hari raya 3

Bulan Ramadhan hanya tinggal beberapa hari lagi atau Hari Raya akan tiba beberapa hari lagi sebenarnya. Ia bergantung. Bergantung kepada keutamaan sesetengah orang itu sendiri. Ia bermain dengan hati sebenarnya, Jika yang pentingkan ibadah dan kelebihan Ramadhan, mereka telah mula merasai rindu pada nikmat bulan ini dan sayu. Begitulah sebaliknya...

Gua? Anda?

Tepuk dada tanya hati.

Jika pengumuman Hari Raya dikeluarkan oleh Penyimpan Mohor Besar Towkey pusat beli belah, gua rasa mahu dia extend puasa lagi seminggu. Hari Raya paling sempurna dan paling lebar senyum ialah towkey pusat beli belah...dan juga peniaga-peniaga lain. Manusia-manusia begitu menggila membeli belah. Gua jadi pening. Tanpa selindung, gua pun termasuk.

Sesekali terdengar lagu raya, dengan segera mengingatkan gua yang Hari Raya setahun sekali dan bukan tiap bulan kita shopping.

Ya tak ya juga.

Ahad, September 5

Menjelang hari raya 2

Sukan tahunan Malaysia mengiktiraf shopping sebagai acara wajib bagi kaum wanita pada bulan Ramadhan ini. Kekuatan mereka. Mashaallah. Jika diberi bola, mereka mampu mengalahkan Manchester United. Nasib baik diberi duit. Jiwa dan tenaga mereka, begitu serius dan bersungguh-sungguh 'mengamukkan' duit itu bertukar menjadi kain baju, langsir dan juga kasut. Gua saksikan sendiri disemua pusat-pusat beli belah sekitar sini.

Jadi benarlah, tangan yang menghayun buaian itu mampu menggoncang SOGO.

Jumaat, September 3

cerita buka puasa 2

Ketika bersedia mahu berbuka puasa semalam. Semua kaum kerabat Sultan Amran mengadap ke meja santapan. Semalam gua berbuka puasa kat rumah. Semua ada mak ayah, abe ngoh, kak long, adik inah and the eldest gua lah...

Lepas makan sebiji tamar, seteguk bandung yang dihidangkan khas untuk putera-putera yang baru pulang perantauan. Gua sentap ayam percik dulu. Dah lama nieh mengidam. Mana tak nya. Hari-hari nasi ayam, Nasi lemak, paling sedih Nasi bujey.

Aduh sedih molep kalu nak cerito...

Baru merasa makan nasi dalam pinggan kaca. Eh,lain benar rasanya. Ada rasa! Amat enak! Selalu makan nasi dalam ape tu yang macam plastik yang warna putih tuh. Tak reti gua nak eja nya.

P/s: Gua tanya mama gua, baju raya tahun ni warna apa? warna Taik jawabnya...

Rabu, September 1

Hati-hati...bukan sekadar iklan.


Untuk mereka menggunakan jalanraya, anda tahu ia adalah tempat paling mungkin untuk terlibat dalam celaka? Si pemandu hemah sekalian bersama anak kecil anda, bini anda, sahabat anda, dan sekalian maklum, jangan biarkan kepala mereka berhantuk memecahkan cermin hadapan lalu membocor otak-otak mereka. Jangan! Tolonglah! Penunggang serta pembonceng motorsikal, anda juga mungkin menjadi statistik kemalangan. Mahu?Enggan bukan? Risiko anda paling hebat kerana dikelilingi kenderaan besar yang angkuh bagai. Brader-brader bas serta lori. Anda selalu membaca akhbar bukan?. Anda sering mendengar berita? Menggunakan jalanraya sahaja, anda sudah boleh mencantas nyawa 40 insan serta kenderaan berlebihan berhampiran kamu. Anda bukan malaikat maut, jangan amik nyawa orang senang - senang.

Buka mata dan teliti perkataan HATI-HATI, kemudian buka luas-luas kotak fikiran anda. Hati - hati itu bukan sekadar perkataan dari iklan keselamatan jalanraya, faham? IA BUKAN HANYA PERKATAAN semata-mata.



Selamat menggunakan lebuhraya.
Jangan tewas di jalanraya.
Selamat Hari Raya!

Menjelang hari raya

KETUPAT, rendang, kuih-muih, baju Raya, mercun, langsir, sofa baru, lagu raya dan lain-lain lagi. Jika semua ini disebut, secara automatiknya ia akan menggambarkan suasana Hari Raya di dalam kepala masing-masing. Tidak ada perkara lain yang dapat menggambarkan suasana ini dan tidak hairan sangatlah jiran-jiran tetangga bilik gua memainkan lagu-lagu raya pada saat-saat yang begini.

Tak boleh jadi. Semua orang dah switch on mood Raya. Cuma gua sorang yang sendirian. Gua masuk bilik, On laptop dulu, lepas tu, Gua cari lagu raya, haa, ni dia Salam Dunia...M.Nasir punya. Hambek! Gua pasang kuat - kuat!

Haa, sekarang gua juga dalam mood Raya! Biarpun seorang!