Khamis, Januari 27

mengelamun 1

Waktu sekarang kelas gua akan mula pada jam 10 pagi. Tiap tiap hari kelas gua pagi. Gua akan set alarm pukul 9 pagi sebagai langkah berjaga-jaga supaya kelas gua semester ni jadi semua full pegi tak ada ponteng ponteng. Sedang sedang orang kata, waktu sedap sedap pegi kelas. Sebab itu kadang-kadang gua pegi kelas sekarang ni ada awal sikit, sebab kalau dulu setengah jam lambat masuk kelas. Pernah sekali gua masuk kelas apa entah semua kerusi penuh, gua terpaksa keluar balik cari kerusi angkat tinggi tinggi masuk kelas. Gua syak memang ada budak nak kenakan gua. Pesen dengki tak habis habis.


***


Gua bangun dari tidur macam biasa, ambil shower sokubutsut perisa oren, ambil berus gigi, ambil kolget, tak ada banyak cerita, gua terus melangkah ke tempat mandi. Sampai kat singki, gua bukak paip, air laju je keluar, tak ada halang halang. Gua tadah tangan kasi air sikit dalam tadahan, lepastu gua percikkan dekat muka gua. Macam dalam iklan pun ada. Taik mata gua kasi sapu sikit. Bagi bersih bercahaya.

"Brader, tak kan nak gosok gigi pakai deadoren kot" tanya budak sebelah bilik gua. Kalau tak pikir panjang mahu gua hantuk budak tu dekat cermin. Gua kat situ senyum nipis, kaver buat buat pakai deadoren dekat ketiak. Malu...malu...malu...


bersambung....

Rabu, Januari 26

mahu pulang ke kehidupan ruji.

Hati menggelupur sakit. Emosi jadi kacau bilau. Minda jadi kusut masai. Lalu jadi aku punya emosi senang terganggu. Buat masa sekarang aku mohon maaf ada salah silap, ada terkasar bahasa, ada terkurang hajar, ada terlebih, ada terkurang, ada terlepas pandang, ada itu, ada ini yang kurang. Aku masih kacau. Tolong. Jiwa aku mudah pecah buat masa sekarang. Cuma tiada pelekat fragile sahaja di dahi ku.

Dalam masa yang sama, aku sedar yang aku kurang menulis. Entah apa lah sebabnya. Mungkin minda terlalu banyak perkara yang sedang difikirkan. Berat kepala, berat kepala. Entah. Nanti - nanti sahajalah akan ku fikirkan. Bukan aku tidak mahu menulis, tapi berkali kali aku cuba menggerakkan jari jari ini ke papan kekunci dan malangnya tidak satu ayat pun yang dapat dilahirkan. Macam kosong.

Semoga esok ia pergi. Tenang seperti setiap hari.

Ahad, Januari 23

gundah gulana

Tuhan, kalau betul dia jodoh aku, biar aku lawan untuk jodoh ini!

Khamis, Januari 20

ke Melaka

Semalam, selepas gua sendiri yang kenselkan kelas petang, gua dengan Popoy ke Seremban. Jadi peneman untuk dia. Saja. Sebab tak ada mood. Bukan penat. Kalau penat tak apa lagi kalau masuk kelas dengan mood yang berkobar-kobar. Tapi kalau mood macam suam suam kuku, gua jadi macam kayu.

Selepas habis pusing minum cendol seremban, Popoy putuskan untuk balik rumah. Gua ikut saja. Nak membantah macam rasa tak kena sebab dia dah bayarkan cendol sama itu rojak gua. Rehat kejap dekat rumah dia, malam lepas magrib bertolak balik upm. Dalam perjalanan, talipon gua bunyi. Ada mesej ajak keluar malam ni pegi Melaka mandi kolam air panas katanya.

Dalam kepala dah macam macam keluar. Gua pergi seramai tiga buah keta. Macam macam tu pun adalah dalam empat perempuan, sebelas laki. Semua pegi sebab saja saja nak berjalan malam. Nak tengok Melaka. Gua sendiri pun tak tahu pernah sampai ke tidak ke Melaka sebelum ni kalau kira kira zaman hijau hijau dulu.

Misi aarul aziz adalah nak bawak semua orang pegi lepak dekat kolam air panas. Misi Rina dengan Adib ialah untuk tengok cerita tengah malam dekat panggung wayang. Misi Afiq Kama Azha ialah menstabilkan kete saga Azri supaya nampak gah buatan Malaysia ni bila berada di lebuhraya. Din dengan Hadi pulak boleh jadi peneman gua untuk nak membahan si Afiq. Popoy pulak boleh sambung gelak bila Afiq kena bahan. Faizul pulak adalah watak penting untuk mandi dengan itu boxer Popoy kat kolam air panas nanti. Macam tu la kosmate. Adik beradik. Kawan tak ada, kita yang ada ni bagi pinjam. Nasib muat. Yang Madi pulak misi dia nak jejak balik tanah Melaka yang dia tinggal lepas belajar dekat Risda dulu. Syira sama Miza pula boleh bukak cerita pasal bandar Melaka. Banyak cerita katanya. Yang Pais dengan Isey pula boleh teman gua cakap loghat kelantan ngan gua bila rasa dah belit lidah cakap key ell. Gua pulak datang semata-mata kat Melaka ni nak telan air liur.

Lepas pusing-pusing, terhiling-hiling dan terkernyih-kernyih satu Melaka tu, gua rasa macam Unite sangat bila satu kosmate jalan jauh jauh sambil suka suka malam malam. Gua akan letak dalam kalendar semester depan aktiviti-aktiviti macam ni depan hari sebab dah nampak berkesan dia punya Unite.

Suatu hari nanti kalau gua terasa hendak suka suka, rasanya gua perlu ambil list nama diorang untuk buat gua rasa kental. Sudah 1 semester dah rasa macam ni. Mintak mintak kekal sampai bila bila. Tahun ini cuma kita baru nak bermula. Kalau orang nak marah marah pun itu diaorang punya hal lah kerana ramai orang tak berapa suka kalau yang berpuak puak ni, sekurang-kurangnya gua tidak lah bosan nak tension tension ada dekat kelas. Ye dak?

Berkenaan kesudahan rombongan gua tadi, semua yang ada misi tercapai pulang dengan hati yang girang sambil dalam kepala dah 'mark' satu dua tempat nak pegi lain kali.

Selasa, Januari 11

Baju comel untuk aqua!

depan belakang


Macam mana? Okey kata okey...Huduh kata huduh!

Jumaat, Januari 7

'orang' dengan 'benda'

Benda-benda macam ni kadang kadang datang singgah kejap kejap dalam hidup. Bukan apa, sekadar mahu menguji.

Gua tahu sekarang masa dah banyak berubah. Tahun dah baru kan. Ambil yang baru, yang lama buang buangkan. Semua orang nak ada jiwa baru, azam baru, baju baru, seluar baru, cara jalan yang baru, cara bercakap yang baru, pointer baru, cara datang kelas yang baru, cara pandang orang yang baru, cara membahan orang yang baru, kumpulan yang baru, pendek kata semua baru. Kalau boleh yang lama buang jauh jauh bagi tak nampak. Jangan macam tu. Yang lama kadang kadang nilainya tak ada tolok bandingnya. Lebih berharga kalau nak banding dengan yang baru. Rugi kalau buang terus. Kalau main campak jauh jauh mintak mintak ada yang kutip balik.

Kadang kadang kita tahu dan kita benar benar sedar kita perlu kan orang untuk kebaikan diri sendiri. Kita perlukan dia untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu usaha kerja atau mungkin untuk dijadikan tangga kita mencapai sesuatu benda. Nak lebih tepat lagi? Untuk dijadikan alat ke destinasi yang harus ditujui pada masa masa tertentu. Makna lain adalah gunakan dia. Tidak kiralah berbalas atau tidak budinya. Janji hajat kita sampai!

Kejap. Gua rasa baik gua tukar perkataan 'orang' tu kepada perkataan 'benda'. Baru sedap gua nak mengarang. Tak rasa selindung orang kata.

Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita membuatkan benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutukkan, yang kita biarkan, yang kita lepaskan, yang kita rasa menyampah, yang kita rasa benda tu dah tak patut ada dalam kumpulan kita, yang kita tidak rasa ia tidak lagi berguna untuk kita buat semester ni, yang kita rasa dah memang buat boring je kalau ada benda ni, yang kita anggap benda ni lah yang merosakkan pointer kita, atau lebih sedap kalau kita kata benda ni dah memang tak ada makna sikit pun dekat kita sekarang. Mungkin kita silap. Sebab benda ni dah kenal sangat dengan kita. Bila dah kenal masalah mungkin payah nak timbul.

Macam ni la gua bagi contoh senang, lu ada kaki. Kaki lu kotor. Lu cabut kaki lu. Lu tukar dengan kaki orang lain. Yang jauh lebih cuci bersih dari kaki lu. Lepastu cuba lu bangun berdiri. Boleh ke tidak. Bukan ke payah lu nak berdiri? Bukan ke payah lu nak berlari? Apa ke dosanya bila yang kotor ni lu cuci bersih dan mula berdiri dan berlari? Payah ke? Susah ke?

Bangang apa main kaki-kaki ni.

Okey sekarang tak payah citer panjang. Pokoknya macam ni, perubahan yang perlu betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni kita sendiri. Belajar terima benda tu dengan kita. kita tak boleh lari dengan benda tu sebab benda tu kita pun kenal dia, dia pun dah kenal kita. Macam adik beradik. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit. Kita sama-sama terima seadanya.

Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu benda' itu kepada 'seseorang'. Amacam ada rasa tak?

Macam ni la. Jangan merangcang sangat la. Tak elok. Orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah jadi tak best. Dan gua pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah belajar, kawan kawan, kewangan dan semua - semua. Gua tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana sini. Sekurang kurangnya, gua ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang gua boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat. Ah mana ada orang perfect kat dunia ni. Ye dak?

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Bangang namanya. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa apa. Kejar impian kita sampai dapat genggam ketat ketat. Tak mampu kejar impian?

Kalau kita tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai. Biar lambat asal selamat!


nota kaki: Oh maaf, gua tak cakap pasal gua, tapi gua cakap pasal kita. Semua...Okey tak faham? Baca banyak kali. Faham lah tu...