Selasa, Ogos 31

Moden benar hari ini.



Segalanya moden benar hari ini. Gaya hidupnya moden, Lagaknya moden, Rambutnya moden, Rupanya moden, Kulitnya moden, Sembangnya moden, Bahasanya moden, Cakapnya moden, Pakainya moden, Makannya moden, Sahabatnya moden, Tempat tinggalnya moden, Jantinanya pun moden. Yang lapuk, yang lama di panggil ketinggalan. atau dengan bahasa yang lain

TIDAK MODEN.

Kini, manusia dimanjakan dengan kemodenan. Tanpa sedar ia akan membinasakan atau memusnahkan kita semua.


SELAMAT HARI MERDEKA Kau MALAYSIA



p/s: tengah download bendera Malaysia untuk background desktop...



Khamis, Ogos 26

cerita buka puasa

gua dengan begitu bangganya bangun siap-siap pakai sluar dengan muka bangun tidur. niat kat dalam hati hari ni gua nak mengamuk. nak makan nasi ayam kukus buatan makcik cafe serumpun sana.

gua kalau nak pergi makan ke nak pergi beli makan ke kena ada member. nanti takut-takut terlupa bawak kad ke, duit tak cukup ke, naya nanti.

tak lain dan tak bukan member sekacip gua, zupi nama diberi. dengan pantas gua mencapai henset 1100 gua tanda misi menghantar utusan kepada beliau supaya bersiap-siap untuk turun membeli juadah berbuka nanti. "wei, siap-siap la, jap ag turun g cafe". selalunya cepat je bunyi henset gua kalau mesej kat dia nih, tanda utusan dah sampai. 5 minit da tunggu gua dah naik risau nih. gua nak terai call, tapi prepaid gua ada 4 sen lo lo lo looo...

ahhh...ni tak boleh jadi nih. gua pergi bilik beliau yang senggang 3 bilik dari bilik gua. lupa nak bagi salam gua bukak pintu macam tu je. tengok beliau tengah baham kepak ayam. kat bibir seblah kri ada nasi sikit.

"woiii!! kau tak puasa ke!!" gua sound tenang. tekejut dibuatnya.

"da bukak puasa la ngoi!" beliau dengan agak kurang ajarnya cepat menjawab.

gua tengok jam kat dinding bilik beliau. jarum panjang kat nombor 6, jarum pendek dah makin jauh ngan nombor 7. gua tepuk dahi tanda kecewa.

pengajarannya, nanti kat bilik gua, gua nak beli jam dinding. senang nanti, bangun-bangun dah tahu waktu nak tidur bila, waktu nak bangun bila, waktu makan bila, waktu berbuka bila. kerna selama ni gua macam amek endah tak endah je fasal waktu makan gua...

p/s: gua amek air sejuk je buat berbuka.

Isnin, Ogos 23

Pasal Asap dengan Epi

pukul 7.50 pagi...ini cerita tadi pagi punya...

semua hidupan-hidupan kat Upm terkejar-kejar nak naik bus. ramai? tak payah nak cerita lah. memang meriah pagi-pagi macam ni. semua berebut, nak naik bas cepat. ahhh..lantaklah mereka.

gua? gua memang tak suka berebut-rebut nih. lainlah kalau masa tuh keadaan bertukar macam nak hantar borang ptptn. memang gua marah, baling batu kat kepala, biar bocor kepala kutu-kutu yang buat handal potong gua tanpa bagi isyarat memotong. uishhh, pasal loan jangan buat main-main brader. silap hari bulan, gua bleh pinjam along nanti nak wat makan satu semester nih. ptptn pon satu, apsal lar susah sangat nak bagi pinjam, gua pinjam, gua bayar la nanti. siap bunga lagi. ape cerita gagalkan gua punya permohonan sampai dua kali.

gua buat rilek masa-masa mereka berebut nak ambil tempat masuk dalam bas. member gua, Epi bising dari tadi lagi. pagi-pagi lagi dah mengamuk pasal keadaan keliling kiri kanan, atas bawah. tak tahan asap katanya. kotor sana-sini katanya. habuk! debu! maklumlah, semua kenderaan menyusur keluarkan asap kepul-kepul. yang dalam rilek je tekan kaki kanan, yang kat luar ni kalau boleh nak pakai helmet kalau berjalan, nak tahan asap punya cerita.

bas datang dan pergi. seterusnya yang kelima sampai. masa tuh jam dah pukul 8 lebih dah. koman-koman pukul 8.30 baru sampai depan pintu kuliah agaknya. member gua Epi: "aku tak bleh tahan la kalau macam nih, da lar nak naik bas pegi kelas pom kene bertungkus lumus. ni tak masuk kelas lagi nih ,masuk kelas dah lar lambat, silap nanti dok luar. aku tak suka macam ni.'' sebelum naik tangga bas, lahabau ni buleh isap 2 3 pam rokok lagi biar puas hati kononya. baru lepas isap rokok tuh.

p/s: boleh tahan prosa lu Epi

Apa dia?

Apa fungsi diri dalam kehidupan.
Apa fungsi diri dalam gelungan kawan - kawan.
Apa fungsi diri dalam masyarakat.
Apa fungsi diri dalam diri.

Bersama derai tawa,
Bersama suasana yang menghiburkan,
Bersama wajah - wajah yang mendamaikan,
Bersama bunyian rancak, aku tertanya..

Apa aku dan apa fungsi aku wujud hari ini?

Selasa, Ogos 17

Air liur pagi

Air liur leleh keluar. Sedut tak sedut je. Pagi ini gua lena atas tilam yang asalnya kat atas katil besi sambil pandang kipas angin speed 5. Angin kencang semacam sampai gua pejam celik pejam celik mata. Speed 5 ni memang laju. Sejuk dia gua cakap lu, macam air batu. Gua tarik selimut.

Dalam dunia ni tak banyak kipas angin yang ada speed 5. Rata-rata yang speed 5 ni kipas siling. Kipas angin atas meja biasanya sampai speed 3 saja. Kipas industri pun tak silap sampai speed 3 juga.

Kipas siling ni yang lemahnya starting dia slow masa start jalan. Memang cicir kalau kena dengan kipas angin atas meja. Kipas industri pun sama. Dia punya blade pakai besi. Pikap kurang. Tapi bab top speed, mana mana kipas pun tak boleh lawan kipas siling sama kipas industri ni. Dua dua memang payah nak berhenti bila dah cecah top speed. Lajak dia power. Sesuai untuk buat main long distance atau bikin jadi kipas embun.

Hari ni hari isnin. Paling lemah semangat sebab kelas mula pukul 8. Memang kacau waktu tidur gua masa ni. Bilik menjadi kelam. Tambah-tambah gua tak ada romate. Umpama lena dalam mimpi. Masa tuh kalau kata nak tidur atas riba sapa-sapa pom boleh. Cakap hembus je. Kompem kua mimpi dalam kecik besa- kecik besa nak sama je.

Gua amek fon, gua mesej Poy, member gua idup susah senang, kata kat dia suh sign besar-besar kat attendance. Gua amek bantal, sambung tidur, kasi habis ini cerita.

Rabu, Ogos 11

bukan niatku

sering kali ku terfikirkanmu,
dikala pada malam shahdu,
tertanya apakah salahku,
hingga jadi begini,

namamu berbisik ditelinga,
wajahmu bermain dimata,
terimbas kembali sejarah kita,
hati ini rasa sayu,

sungguh bukan niat menyakitimu,
percayalah kasih,
apa gunanya aku merayu,
jika kau dah tak sudi,

maafkan aku kerna bersalah,
ku ingin di kau kembali bersama,
tak rela aku berpisah denganmu,
kerna itu bukan niaku.

p/s: aku ni jiwo!

Isnin, Ogos 9

Menahan diri dari lapar dan dahaga.

ada satu masa aku terkilan gila tak balik kampung makan semeja dengan mama, papa dan adik-adik, Tak apalah 4 tahun untuk sepuluh tahun akan datang. Belajar sampai dapat ijazah dulu.


Akan lengkap 30 harinya. Inilah bulan rahmat Ramadhan. Tak kiralah ada masa ada orang tak puasa.

Sebak tiba-tiba.



Selamat berpuasa seluruh hamba sekalian!

Jumaat, Ogos 6

banyak kali dah...

Dah banyak kali Brader Shitter ni buat perangai dengan gua. Dulu masa dok tengah sedap layan popia masa makan dekat stadium. Nyaris-nyaris hilang kesabaran...

Sembang kencang Brader Shitter...

(Macam ni bang...Saya dulu susah, moto pun pinjam member. Tapi setelah saya menemui bisness yg amat menguntungkan ini, saya sekarang dah boleh pakai kereta sendiri. Kamu tahu umur saya sekarang? Saya baru 22 tahun. Belajar lagi..Saya tidak mahu berjaya seorang diri, dan saya mahu anda berjaya seperti saya. Hanya tak sampai 2 minggu, sekarang saya menjana 2 ribu lebih dalam masa 1 hari..anda juga boleh berjaya seperti saya,mari saya tunjukkan caranya..hubungi saya Brader Shitter di 017-9216xxx)

ahhh, MLM la nih...gua kata dalam hati...


fuhh...cite dia...sambil buat-buat jawab panggilan. Businessman lah katakan...taik!!

Pertama bukan kedua gua nak cakap satu saja:"Brader Shitter..shit lah mung woii!!"
Hari ni dah berapa kali..Sekali lagi lu buat kerja tahan tahan gua tengah makan popia kat stadium ni semata mata nak suruh gua baca kertas kertas lahanat macam kat atas sana..sumpah gua lempang lu depan orang ramai!. Apa masyarakat Malaysia ni dah hilang akal semua berangan boleh dapat duit senang senang macam tu? Hilang akal ke dapat duit senang-senang! Tapi gua rasa..ramai jugak yang dah masuk geng gila ni...Ramai dah member-member gua yang dah masuk geng ni berangan nak pakai BMW. Last-last bergaduh tak bertegur sape. Ni semua pasal duit. Memang la duit segala-gala sekarang ni. Tapi, tu member wei! Tolong jangan jadi bengap sangat! Mintak tolonglah sangat.

p/s: Demo lo ni memang dah hilang akal tahap gampang, otak semua pendek, pikir nak kaya cepat...tapi kerja malas...berangan bertimbun-timbun! Lagi jadi bengap, ikut pulak hasutan macam iklan kat kertas. Orang tu print pun pakai bil invoice...Entri ni emosi sikit...sape suruh kacau gua tengah sentap popia!