Khamis, Disember 30

siang ke malam, malam ke siang

Dah tak serupa dengan orang ramai-ramai. 2 minggu yang berlalu baru ini, gua cukup tidak produktif. Cergasnya tidak langsung. Hancur lebur. Tidur hanyut ke petang. Satu keje pon tak buat. Dok rumah saje-saje. Esaiment tak ada, kelas pagi pagi tak ada. Sedap la dok?. Tivi pun jarang bukak dah. Melipat selimut memang tak buat buat. Talipon gua dah jarang jarang sangat dah berbunyi. Kalau berbunyi pun buat tak tahu. Dingin pagi burung berkicauan tak pernah sampai ke telinga. Kain baju kotor dah tinggi melonggok. Blog pun gua dah lupa gua ada blog. Tidur entah ke mana. Makan nasi entah bila. Skuad futsal juga dah mula mempertikaikan kesetiaan gua beraksi. Ini semua gara gara mark zuckerberg. Cilakak punya fesbuk...

nota kaki: gua rasa ni paling last 2010...

Khamis, Disember 23

cerita pasal kerja sekolah

Zaman sekolah rendah gua ni kalau boleh putar masa gua nak ni. Masa tu gua kecik lagi, umur pun hijau lagi. Dalam kepala tau main basikal tawaf kampung. Habis tawaf kampung sendiri lepas tu melarat pegi tawaf sampai ke kampung siam. Nasib tak baik kena kejar anjing. Pegi sekolah pakai kasut tali pun tak berapa pandai sangat nak ikat-ikat. Pesen kalau ikat kasi mati habis. Barulah bila masa loceng rehat bunyi gua boleh jadi champion berlari kejar kantin. Masa tu kasut pun payah nak terlucut. Ye dok?


***

Nak pendekkan cerita, malam jadi semakin malam. Kerja sekolah ada satu lagi karangan cikgu Huzaibiah. Kerja cikgu Din ada 40 lagi soalan matematik. Esok macam-macam mana kena siap. Tadi bukan main menonton cerita dekat tibi. Petang tadi handal sangat main basikal keliling rumah. Sekarang gua dah terkial kial kucar kacir.Semut lalu atas buku pun lain macam dia punya halau. Dalam kepala dah terbayang cikgu Huzaibiah punya rotan dekat tapak tangan. cikgu Din punya pelempang kapit pipi bertalu talu muncul.

Mak gua sambil lipat kain je sound.." Haa..baru padey nga muko tu, tak di, tak di tok sey buat, pete tau nak main jah.."

Masa tu nak menjawab balik pun suara tersekat sekat dekat kerongkong dah. Tiba tiba keluar suara Farid Ismed. Dekat tibi 1, berita berita tengah malam. Peh..dia punya berkecai hati. Esok punya berdebar tak payah cerita le...

Dalam kepala gua menyesal tak sudah.


nota kaki: Amacam klasik tak? Gua mahu orang komplen...mana..mana???

Isnin, Disember 20

Hal gigi

Mengikut senarai ranking benda benda paling palat dalam perjalanan hidup gua yang dikeluarkan oleh gua sendiri pada tahun ini, 'sakit dalam mulut' menduduki antara tangga tertinggi. Semalaman gua langsung tak boleh tidur. Dia punya sakit gua cakap lu sampai satu ketika macam nak cabut kepala lepas tu buat tendangan lencong kepala sendiri. Biar terbang jauh-jauh. Ini sakit bukan runcit-runcit punya sakit. Memang sakit betol-betol.

Setelah melalui ranjau penuh duri, jalan berliku,
percubaan berkumur secara kerap, gosok gigi secara sama rata supaya tidak lagi memberontak, gua akhirnya mati akal. Dah berapa banyak cara dah gua guna, sakit tak hilang-hilang.

Pukul 6 pagi, gua dah tak reti nak buat apa dah. Tak ada banyak nak cerita, gua mandi, gua pakai baju, gua masukkan benda-benda yang patut dalam beg, gua ikut mak gua pegi keje. Mak gua memang keje spital.

Perjalanan ke spital memakan masa lebih setengah jam juga. Jalan sikit berhenti. Jalan, berhenti. Pesen pagi-pagi jem orang nak pegi keje. Gua bagi tau mak gua suh doktor gigi sana kasi check gua sama gigi, kalau boleh cabut, cabut lah. Kalau boleh operate, operate lah. Kalau boleh buat masuk air, masuk air lah. Kalau boleh tahan kad wad dua tiga hari, silalah. Gua apa peduli.

Masa nak mendaftar, punya la ramai makhluk, meriah sangat. Bangang apa datang spital ramai-ramai ni. Mak gua masuk daftar, gua tunggu kat luar. Duduk kejap dalam tujuh minit setel. Gua lepas tu dibawa ke bahagian pergigian HUSM. Besar bangunannya. Daftar lagi. Isi nama, amek Ic bagai, baru dapat nombor.

Mak gua tinggalkan gua kat situ, pegi buat keje dia. Masa menunggu gua tongkatkan dagu dengan penumbuk kiri dan kanan. Tenung pada entah apa yang gua renungkan. Semakin jauh renungan, semakin hilang sabar gua. Sakit memang tak mahu reda langsung.

Tiba-tiba datang sorang amoi, dia pegang satu fail. Nampak pesen budak budak pratikal yang nak jadi doktor gamaknya.

"Kenapa datang sini?" sambil ibu jari tunjuk ke arah gua.

Bongok. Muka cantik, soalan bodoh yang ditanya. Gua masa tu fikir ramai orang je. Kalau tak, memang gua dah lempang amoi itu jam juga.

"Sakit gigi la" jawab gua sopan.


***

Buat pertama kalinya nombor gua dipanggil. Tiga kosong satu dua...Tiga kosong satu dua...Dengan megahnya gua bangun daripada kerusi masuk ke dalam bilik doktor. Cun pulak doktornya. Gua duduk. Kerusi dia jadi menurun secara automatik bila doktor tu tekan satu butang. Cahaya lampu memang tepat ke arah mulut gua.

"Awak ngaga" kata doktor.

"Owh ini bukan masalah gigi rosak ni, ni masalah gigi geraham nak tumbuh ni, dia punya gusi...bla..bla..bla..." terang doktor panjang. "Tunggu kat luar ye, nanti nurse panggil"

"Ni epoimen awak dengan doktor ye empat hari bulan satu" Nurse itu berkata. Gua tenung dalam-dalam je muka dia. Bangunan besar saje. Buat keje lembab.

"Kira macam mana ni? Pagi-pagi datang sakit-sakit kena tunggu sampai bulan satu ni apa jadahnya?" gua tanya.

"Ramai pesakit..." nurse tu jawab.

Sikit lagi gua nak naik tangan.



nota kaki: nampak tak entri gua kali ni agak marah? kah kah kah...yg baca, apa lagi komplen-komplen la sikit...

Selasa, Disember 14

Football Manager 2011

"Abe long..tok sey makan nasik kow..!!" Berlari lari sepupu-sepupu gua memekik panggil makan.

Diorang semua hijau lagi. Tak paham kerjaya gua. Ada pernah nampak Alex Ferguson makan nasik masa tengah handle game??

Selesai seminggu pertapaan gua dalam bilik setelah bercuti semester. Gua masih lagi antara yang terbaik dalam pengurusan bolasepak. Edisi 2011 ini, musim pertama gua bersama Manchester United disudahi dengan menjuarai English League Cup, FA Cup dan European Champion Cup. English Premier League saja yang gua gagal dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tangga kedua liga di belakang Chelsea dengan perbezaan..ah malas gua nak cakap berapa mata. Cilakak punya Chelsea..

Rabu, Disember 8

pengalaman saya berada di asrama [part 2]

Gua memang budak asrama. Mula dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Masa tu dah tingkatan 5. Asrama yang ketiga dan yang paling akhir dalam hidup gua selaku budak belajar sekolah. Rasa tak sedap langsung. Entah idea apa jadah kerajaan pakai. Kumpul budak ramai-ramai, lepas tu bagi makan benda-benda tak khasiat. Gulai ikan jaket contohnya. Kucing pun pandai buat buat pengsan kalau suruh makan.

Selasa dan Jumaat ni hari makanan sedap-sedap untuk asrama-asrama. Tu pun sekodar nasi ayam dengan buah tembikai sama itu air sirap sejuk pesen tak nak tak nak. Nasib baik gua jenis tak ada hal sangat bab bab makan. Lagipun gua dah biasa minum air paip sampai kembung perut lepas main bola petang-petang. Kira boleh bertahan lagi kalau tak makan. Sedap dia semacam. Tak puas minum sikit. Kena minum banyak.

Bila malam-malam, melapar pula perut gua. Jadi kalau ada duit, gua pergi angkat meggi celup di kedai depan asrama. Boleh tahan sikit rasa dia. Tapi biasanya duit gua entah ke mana. Nak harap duit kerajaan, macam-macam borang nak kena isi. Takkan gua nak isi alasan 'beli nasi'?

Kalau hari hujung minggu, ramai mak-mak bapak-bapak datang melawat anak-anak mereka. Macam gua ni, ada dalam 3 kali saja bapa gua melawat sepanjang gua kat situ. Itu pun memang sebab guru penolong kanan hal ehwal murid suruh datang ajak berbincang. Memang tak ada le bapa gua nak bawa biskut meri ke, air soya ke, ayam kentaki ke, atau nasi kukus. Cuma nyaris-nyaris nak bawa air jampi ada la.

Budak-budak lain yang ada pelawat memang meriah. Macam Jom Heboh pun ada kalau tengok. Kadang-kadang bekalan makanan tu boleh tampung sampai sebulan. Berdasarkan plastik warna-warni yang gua intai, memang lazat gayanya. Peh..bukan main lagi tersengih-sengih bawa plastik besar naik bilik. Ada juga sesekali gua bersidai kat koridor sambil mark 'budak mana', 'bilik mana'. Malam sikit senang nak attack.

Macam gua ni, gua memang dah terapkan prinsip percaya kepada rezeki sejak di bangku sekolah. Tuhan memang dah tetapkan rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki makan, ada lah. kalau gua ada rezeki nak tibai budak sampai patah patah, remuk remuk, ada lah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam gua tengah baring atas katil empuk gua. Masa tu dah hampir tengah malam. Lampu warden dah awal awal 'warning' suruh tutup sebelum puku 10.30 malam. Kalau tidak masak budak asrama kena tembak dengan peluru cicak. Jenis askar punya warden asrama. Didik budak pakai peluru.

Tiba-tiba gua terdengar bunyi aneh.

Prup prap Prup prap Prup prap...

Gua baring senyap-senyap. Nak kata makhlus jin, makhluk halus, tak ada pula bulu roma meremang. Gua cari di mana puncanya. Sekali imbas macam bunyi almari. Tak mungkin hantu almari.

Dalam samar-samar sinar bulan tu gua boleh nampak satu lembaga dalam posisi berjaga-jaga tengah makan keropok ikan atas katil tepi almari. Bunyi almari tu memang sengaja dia buat sebab nak 'cover' bunyi kruk kruk keropok ikan dalam mulut dia.

Apa punya budak, makan pesen sorang-sorang. Takde budi bahasa langsung. Macam cilake!

Khamis, Disember 2

pengalaman saya mendaki

ada nampak macam orang puteh tak gua punya tutup mata?


2 3 hari lepas, Gua, Epie dan Nash telah bersepakat untuk pergi join memanjat Gunung Brinchang. Benda-benda mendaki yang jenis nak kuatkan jati diri ni datangnya daripada kolej gua. Gua rasa free masa ni, elok gua join. Ada baiknya, ye dok?. Gunung ini adalah gunung kedua tertinggi selepas Gunung Irau di Cameron Highlands berdasarkan buku geografi. Berbekalkan semangat dan peralatan yang paling mundur, gua pecut naik bas dari Kota Bharu, balik kolej kemas barang lebih kurang dan naik bas lagi ke Cameron Highlands.


Dari kiri Nash, Epie dan gua. Foto ini diambil semasa sedang berehat di atas pam air selepas mendaki dan berdebar menunggu kereta pada hari pertama perjalanan. Epie pakai selipar croc saje saje buat mendaki. Pesen sengih buat-buat pun ada jugak kalau nampak dari sini. Nash ni kadang-kadang tengok perut dia dah macam ada anak 2 orang. Waktu ni gua tengah panas dengan budak sebab tak nak kongsi bawak beras masa naik turun gunung. Pesen nak jalan lenggang-lenggang.


Antara makwe makwe yang turut serta. Yang pakai tudung pink tu la pengarah program. Dia punya mendaki one shot saje. Kalah gua. kah kah kah. Masa ni pagi lagi. Mendaki pun tak tinggi mana lagi. Semua boleh senyum sampai telinga lagi waktu ni.


Makwe yang paling depan dalam gamba nih tak payah cerita la dia punya semangat. Ni bukan runcit-runcit punya makwe. Dia ni punya penat letak tepi. Kalau jalan mesti nak berpuak-puak dengan gua punya kaki. Pantang kalau bosan masa mendaki asyik nak menanya teka teki. Yang belakang sikit gua boleh terima kasih dekat dia. Habis dia punya cload 9 sama itu halls gula-gula gua buat macam makan kacang masa mendaki. Thanks. Tanpa cload 9 anda perjalanan kami payah.



Masa ni pagi hari kedua nak berjalan. Cerita pagi ni gua dekat Bukit Berembun. Mendaki jugak kerjanya. Rambo pun terjerit-jerit letih. Epie dah cedera ringan. Gua buat-buat steady lagi. Tempat duduk gua tu nama dia sofa batang pokok berlumut hijau warna daun. Tapi beg merah kat belakang gua tu ada isi First Aid kalau bomba-bomba dia panggil itu kotak pertolongan cemas. Orang lain punya, tapi gua rasa nak bawak. Selipar Cap Buaya yang gua pakai tu memang 'ekselen'. Sepasang RM10. Berdasarkan maklumat orang ramai, gua dan Epie saja yang berada paling belakang ketika itu. Jenis mendaki sambil menikmati keindahan alam. Lain kali kalau nak buat program jenis keluar jauh-jauh ajak la gua lagi.