Selasa, Julai 20

cerita ubat batuk

Ubat batuk. Dah seminggu lebih aku batuk tak baik - baik jugak. Ubat batuk pun dah nak dekat seminggu aku minum. Nak habis dah pun.

Itu lah masalahnya sekarang. Aku dah jadi macam bergantung kat ubat batuk.

Dah seminggu aku tidur malam lepas minum ubat batuk. Bila bangun pagi, pening kepala. Rasa bengong.

Kalau tak minum ubat batuk ni pulak, aku tak boleh tidur sebab batuk teruk. Sampai aku takut nak tidur, sebab batuk melampau yang sakit gila bagai nak pecah dada.

Semalam aku try tidur tanpa minum ubat batuk, tapi tak boleh nak tidur. End up, aku minum ubat batuk baru boleh tidur. Lena...

Ketagih ke bendanya ni woi.
Bahaya dol.
Cepat lah baik batuk woi.
Tak payah aku telan, minum ubat batuk ni lagi, sebelum aku menjadi penagih tegar.
Baik berenti sekarang kau batuk.

ubat + batuk = Ubat batuk

dimana kita?

pernah dengar perkataan sebegini?

"Aku ingin menjadi aku"
"Aku tetap aku"
"Aku hanyalah diriku dan tidak mahu menjadi orang lain"
"aku adalah aku"

segala macam kata dan ayat pelbagai bahasa yang individualistik.

walau apa pun, terserah...untuk diri sendiri, nak letak dekat mana...terserah. Tidak lah salah, memegang prinsip sebegitu, cumakan kita tidak boleh terlalu menjadi diri sendiri. Diulangi, TIDAK BOLEH. Jual ikan (selfish) dan mengenengahkan diri (self-centered) adalah sifat - sifat individualistik. Aku selalu pesan benda ni dekat seseorang. Kadang - kadang aku juga mengeluarkan kata - kata macam tu, tapi dalam konteks yang tidak individualistik. Kena selalu beringat, selalu muhasabah diri... Terserah pada masing - masing. Dalam kehidupan pun ada konsep adaptasi, bermaksud kita mengadaptasikan diri ke persekitaran dan masyarakat. Pepatah Melayu ada menyebut (sebab aku memang tak tahu pepatah lain)

"Masuk kandang kambing, kita mengembek. Masuk kandang harimau, kita mengaum". Masuk kandang ayam?

Dipanggil reban.

Kita tak selalunya betul. Percayalah. Kita tidak perfect, tidak sempurna, tetapi kita harus hampir kepada kesempurnaan. Kesempurnaan seseorang manusia itu pula sangat subjektif. Maka untuk menghampiri kepada kesempurnaan (pada tafsiran sendiri), kita harus sentiasa mempertimbangkan kutukan orang, kelemahan dan kesalahan diri sendiri.
"Kalau kita nak tahu kelemahan diri, jangan tanya pada kawan, tanyalah musuh kita"

Aku cuma nak kongsi agar kita semua tidak jadi macam individu tersebut. Aku tutup entri ini dengan kata - kata...


"Apapun yang kita pegang dan percaya dalam hidup kita, kita kena berani persoalkannya kembali. Sebab kalau meletakkan diri kita sentiasa betul, kita akan jadi seperti mereka yang kita benci"

Jadi, pikir lah...

Khamis, Julai 15

sukarnya seorang sakit 3

Dada ni macam nak pecah tiap kali gua batuk.
Teruk. Aduh, dah berapa hari dah gua sakit ni.
Selera makan pun takda! Tekak gua pun pedih gila.
Hidung tersumbat.
Bila bercakap suara sengau.
Lidah pahit.
Gua tidak suka ini.
Gua tidak selesa begini.
Mungkin sebab gua lawan, bila gua rasa nak demam je,
Gua duduk dalam selimut biar berpeluh.
Tapi bila dah ok, dia nak start demam balik.

Batuk tak pernah rasa nak hilang.
Berapa banyak botol ubat batuk dah gua minum, sampai stone.
Nak makan takda selera, tekak tak selesa.
Asal gua tidur malam je makin teruk batuk gua.
Tak nak lena gua tidur, batuk punya pasal. 3, 4 pagi asyik terjaga sebab batuk.

Batuk, batuk, batuk...

Ini dah nak seminggu ni...

Rabu, Julai 14

sukarnya seorang sakit 2

Kepala berat.
Berjalan terhoyong - hayang.
Tekak macam palat.
Tak terselera sikit pun nak makan.
Perut berbunyi, kosong.
Muka pucat.
Orang kata.

Sumbat jugak nasi.
Takda lauk, cuma kuah.
Lidah pahit.

Aku tak daya.
Batuk makin bahaya.
Sekali lepas bagai nak pecah dada.
Ehuukkkk!!! Krrooohhhh!!!
Bunyinya cukup takut.
Sakit benar.
Sungguh.

Bernafas ikut mulut.
Hidung tersumbat semuanya.
Dada pedih. Tekak perit.
Badan panas.
Tapi sejuk di dalam.
Menggigil.
Aku tak daya.
Aku mahu cepat sihat.
Tolong.

Isnin, Julai 12

you, PM?

You, PM? Tak, bukan Perdana Menteri. Bukan jugak Production Manager, tapi U.P.M. Ha'ah, saya di sini.

belajar, pegi kuliah, pakai baju kolar [aku tak buat pon], buat eseiment, senang citer kiranya aku da masuk belajar balik la.

4hr bln...daftar masuk, amek kunci kolej [kolej15]

minggu orientasi...macam haper da...tapi okey la...makanan free je minggu tuh...dengar taklimat...pastu dengar taklimat...pastu dengar taklimat...pastu taklimat...banyak taklimat la minggu tuh...elok tukar minggu perkasa putra jadi minggu taklimat je...

lepas tu boleh pulak demam...demam apa entah...jarang dol gua kene demam cam ni....

buat cheer's...aku paling suka yang lari-lari-lari...kecut perut...hahaha...cam budak...

makan...tak de masalah wat masa nih...semua cukup...mealplan punya pasal...boleh la alas perut untuk sebulan ni...

tapi aku nekad, ini destinasi tepat untuk aku jadi manusia semanusianya. kejar apa yang patut.

berilmu berbakti....


sukarnya seorang sakit

Semalam aku demam teruk...
gigil-gigil...
Hari ni kepala berpusing macam hantuk tiang...
Kalau betul lah orang kata dosa kecik terhapus bila demam...
aku rasa banyak dosa kecik aku jatuh gugur semalam...
sebab aku menggigil macam orang kena siram air dekat negara salji...
Seorang diri...tenat...


Bila kita melalui waktu - waktu yang sukar,
Masa tu lah kita nak buat keputusan yang paling cepat...

paling terburu - buru...
paling tidak kacau...

Jangan berangan orang nak dengar cerita aku.


dapat MC dua hari....
okeylahhhh....