Selasa, November 23

pengalaman saya berada di asrama

Bila tiba sahaja malam gua akan turun kelas persediaaan atau prep yang disediakan oleh pihak asrama sekolah untuk tempat mengulangkaji pelajaran.

Ini cerita 4 tahun lepas, pada satu malam yang nyaman, kepala gua sangat berselirat dibebani dengan pelbagai permasalahan dunia. Mata memang mengantuk. Kalau tak mengantuk bukan gua namanya. 15 minit pertama saja gua cergas. Kemudian sepanjang kelas persediaan atau prep malam gua tidur sampai kebas-kebas tangan. Memang tangan gua saja yang paling empuk untuk buat alas kepala. Kalau tak tidur gua tibai main daun terup. Pernah satu kali gua kena tembak dengan warden asrama dengan senapang tembak cicak. Bising masa kelas prep punya pasal. Masa tu ulangkaji pelajaran memang gua tolak tepi. Gua lebih cenderung menggunakan IQ gua semasa menyelesaikan masalah matematik.

Tepat pukul 1o.30 malam, prep malam tamat. Automatik gua terjaga. 'Instinct' waktu habis belajar gua memang tinggi. Pelajar-pelajar lain sibuk kemas-kemas buku, bangun dan berlari turun pergi dewan makan. Entah apa yang sedap sangat mee makcik dewan makan tu. Dah la brader buat air tu hari hari muka macam tak mandi. Air pula satu jenis saja yang dia buat. Balik-balik milo panas tawar-tawar, jenis pesen buat air kedekut gula. Sekali-sekala buatlah air biji selasih ke, air kiwi ke, air cendol gula melaka ke, neskepe tarik gelas kecil ke. Tak pandai amek hati betul.

Dewan makan pun penuh, Berebut-rebut budak. Yang senior tolak junior. Yang junior pun tak boleh kata apa. Yang rendah boleh jadi tinggi. Yang tinggi boleh jadi rendah. Ada yang nak mee lebih la. Ada yang mahu kuah sikt la. Ada yang buat tanya la. Ada yang amek dua pinggan la. Macam-macam. Jenis budak-budak kebulur, tak pandai nak beratur. Bila ada warden baru nak hormat junior.

Gua bertarung di tempat amek makanan. Bukan main susah nak hulur tangan nak dapatkan sepinggan mee. Kepala dan leher penuh keliling gua. Bau macam-macam. Gua tunggu dengan sabar. Mee pun dapat. Gua cari meja duduk kat tempat biasa. Jenis sabar,baik budi pekerti, sopan, tinggi budi bahasa dan hensem pulak tu orangnya. Kah kah kah...

Masa zaman sekolah asrama dulu. Duit memang bapak gua bagi sikit-sikit. Sebab asrama dah sediakan makanan. Gua periksa duit gua. Ada sehelai duit kertas RM5 dengan rekabentuk baru. Duit akhir. Kalau habis, gua memang bengkrap. Muda-muda dah pandai bengkrap.



***


Tiba tiba gua rasa tak cukup kenyang untuk malam ni. Tak padan dengan tidur tadi, gua kata. Makan kena bersungguh. 10 minit kemudian, gua 'repeat' pergi angkat itu mee lagi. Semoga dewan makan sekolah asrama gua terus mencatat keuntungan tinggi di dalam setiap tahun dan tiada pembaziran yang berlaku hendaknya.

Sabtu, November 20

bangun dari tidur

Pagi tadi gua bangun pukul 9 lebih lebih. Boleh kata awal juga sebab gua tidur pukul 5 pagi. Bila dikira-kira semua, gua tidur dalam 4 jam. Tidur macam nih lah yang dinamakan tidur jutawan. 20 jam kerja. 4 jam tidur.

Gua pegi dapur buka tudung saji. Tak ada benda sangat yang boleh dimakan. Nak makan pinggan takut mudarat pula kepada badan. Selalu ada nasi bungkus ditinggalkan satu untuk gua. Tapi hari ni maaf, tak ada. RM10 atas meja kaca. Macam nak suruh gua berdikari cari nasik. Gua 'on' komputer. Gua layan lagu-lagu lama. Jamal Abdillah. Yang orang kata banyak isi. Yang serak-serak angsa. Yang katanya suara jantan. Yang ada prinsip dan yang penting, dia punya suara bunyi dari halkum. Bunyi macam tak ada kaver-kaver.

Tiba-tiba perut gua lapar. Hampir-hampir gua berdoa nak jadi anai-anai.

Khamis, November 18

sudah pulang

Gua nak lagu nih...
Baik, gua sudah pulang.

Terlalu banyak perkara benda dalam kepala gua, sampai gua sendiri tak tahu nak tulis macam mana. Gua saksikan terlalu banyak perkara, hal, karenah.

Berada di Final Exam, betul - betul satu pengalaman. Biasa atau luar biasa, bergantung kepada cara kita menghadapinya. Letih, penat, pening, sakit, demam, lemah, takut, bimbang, gelabah, risau, kusut, lelah, hiruk pikuk, kacau, onar tinggalkan sahaja.

Ini hari cuti Raya Aidiladha. Tenang, aman bahagia sahajalah. Rumah itu syurga. Sedang berehat menikmati masakkan bikinan ibunda. Sementara menunggu aktiviti ke Cameron Highland dan kemudian masuk ke Semester kedua.

Di kampung, apa yang paling menarik di sini ialah, sekurang - kurangnya tidak ada yang terlalu teruja nak jadi selebriti di sini. Akan tetapi kehidupan tidaklah sebegitu lurus. Setiap orang mahukan sesuatu. Pendalangan kecil yang didorong oleh kepentingan diri dan nafsu tetap berlaku. Tak salahkan mereka.

Sebuah nikmat yang tidak akan aku dapat di Kota. Rumah kampung tempat gua menembak ini telah mengiangkan gua pada hidupan masa budak-budak. Satu perkataan yang hampir tepat ialah..

Indah...

Ahhh... Indah...


Selamat malam seluruh hamba...

Rabu, November 10

hari paling onar

Petang semalam gua keluar. Turun dari tempat bertapa gua, kat kolej. Jarang gua keluar kecuali kalau ada perkara yang paling mustahak. Gua tak gemar keluar saja saja dengan tidak mempunyai visi dan misi yang sah. Keluar saja saja ini tak berapa bagus dan kelak boleh membawa banyak kemungkinan. Kemungkinan paling besarnya adalah memunah duit. Memunah duit adalah perangai kerajaan dan penagih dadah.

Mula-mula gua keluar, gua tuju ke Bukit Jalil iaitu sebuah tempat yang dimana boleh dikategorikan kawasan yang ramai umat manusia. Gua ke sana bukan nak tengok Piala Malaysia ke melawat tempat ke, gua ke sana untuk beli tiket bas nak balik beraya haji. Cari punya cari bas tak ada. Gua pegi bertemankan epie, padil, madie, sorang lagi, pais. Semua ni kenalan gua sejak berada di UPM. Lepas setle cari tiket yang memang ada satu je untuk gua, tempat duduk paling belakang sekali. Gua rasa lega.

"Dah sampai masanya untuk kita lebih sistematik dan komited dalam melepak bersama kawan-kawan. Walau dari mana pun kita datang, kita harus ada wawasan, apa kata pekena nasi lemak dekat kampung baru?" soal gua tenang pada penumpang-penumpang belakang. Epie yang memandu Toyota Prado memasukkan gear dan terus menekan kaki kanan hangguk tanda setuju.

Padil yang berada ditempat duduk belakang diam memandang ke kanan tingkap. Barangkali mengelamun jauh. Apalah sangat belakang lori sayur kalau hendak diteliti baik-baik sehingga tak mahu bercakap sepatah.

Sampai kawasan kampung baru. Pusing cari parking.
"Kanan!" arah gua di kerusi penumpang hadapan. Epie berhenti dan letak kereta betul-betul di hadapan sebuah rumah kayu yang ada di tengah-tengah bandaraya Kolumpo. Waktu malam macam ni, kedai makan kat kampung baru ini memang jadi tumpuan. Yang 20-an, gua, epie, pais padil dan madie sahaja. Yang 30-an hingga ke 70-an, semuanya berlonggok di situ berborak entah apa benda sampai ke tengah malam. Tak ada visi.

Sampai di suatu gerai yang namanya Nasi Lemak Antarabangsa betul-betul nampak bangunan tinggi jagung dua batang. Gua cari 'port' nak duduk. Meja makan iaitu satu meja di kaki lima sebelah rumah nampaknya kosong. Gua cepatkan langkah betis takut-takut dipintas orang lain.

Gua capai kerusi plastik satu buat duduk. Perangai orang gerai ni mamang stail tak amek oder. Jenis yang pelanggan kena pegi kat meja kaunter. Nasi dah ambil campur lauk kerang sikit dengan ayam goreng bersama dengan air sirap. "Berapa?" tanya gua dengan adapnya. "Sepuluh ringgit empat puluh sen" jawab makcik mata sepet, macam indon. Jenis tak sedap mata memandang."

Gua telan air liur.

Dalam hati nape la dalam banyak-banyak kedai gua singgah sini. Tengah makan-makan, dari stat awal hingga nasi terakhir, gua kira2 ada dekat tiga orang 'bangfes' datang jual cendera hati, jual jam, jual stiker, jual gunting bulu hidung, jual ketip kuku, macam-macam. Masuk kali keempat kalau datang jual barang tengah gua makan, gua tak segan nak terajang. Tak padan makan nasi lemak ngan harga 'sepuluh ringgit empat puluh sen'. Gua syak mahal sebab ada pemandangan bangunan jagung dua batang kat gerai tu. Status gerai je lah makcik. Tak payah nak mahal-mahal kalau stakat ada dua tiga sign artis. Gua pun tak kenal artis mana punya sign. Melayu macam ni tak ke mana.

Habis sumua makan, gua dan yang lain angkat punggung beredar. Hati masing-masing tekad tak akan mengada singgah lagi. Epie terus ke Toyata Pradonya. Yang lain mengekor belakang.


Sesudah melepasi kelajuan 40 km/j, kepala gear pulak nak bermanja-manja. Rosak!. Bau hangit datang dari belah luar keta. Gear dah terkulai. Menyedari masalah kian rumit gua geleng kepala.

Niat di hati untuk senangkan kepala selepas hempas pulas jawab exam. Tapi tak apa. Mungkin ada hikmahnya. Sudah takdir. Apa nak dikata.

Dah bermasalah ni, kepala gua kena rilek. Gua jalan masuk lorong cari sapa-sapa yang boleh tolong. Madie ngan pais jadi peneman. Pendekkan cerita. Jumpa la sorang brader ni. Dia kata boleh tolong. Prado dia suruh tinggal dekat workshop. Gayanya bukan macam pomen biasa. Pakai keta lima siris. Brader ni la tolong hantar kitaorang balik kolej.

Dalam perjalanan balik, dalam keta lima siris beliau bersembang. Agak kencang tiupnya. Brader tu cakap pada gua.

'Sekarang ambil masa kamu. Masa tu belajar sungguh-sungguh. Tak payah nak ada awek ke makwe ke. Ko bukan ada apa-apa pun sekarang nak bagi dia. Semua orang bagi kat engkau. Awek ni kalau dah keluar dari dunia sebenar boleh tinggal kau bila-bila masa saje. Macam kekatu, pergi tempat cahaya. Kalau perempuan pulak, pergi yang ada duit. Sekarang masa engkau belajar betol-betol. Tak payag nak pikir benda lain. Besar nanti boleh jadi pegawai, pakai keta besa. Lebih besa daripada aku punya beb. Masa tu baru ko boleh cari calon. Kalau kamu nak jadi engineer, kamu mesti jadi engineer yang nombor satu. Kalau nak jadi pengurus bank, jadilah pengurus bank yang nombor satu juga. Kalau nak jadi rambut kuning, hisap gam, ahli kelab malam dan segala-galanya pun, jadilah yang nombor satu. Pendek kata, kalau buat apa pun, into apa bidang pun, mesti jadi yang nombor satu. Mesti jadi yang terbaik. Yang paling handal. Yang paling ekselen.'

Lebih kurang macam itulah brader tu cakap sampai serak serak angsa. Gua tak ambil mudah perkara yang brader tu cakap sebab memang ada betulnya. Cuma yang rambut kuning dan yang lepas lepas tu, gua reka sendiri pasal nak kasi ada jiwa.


***

Di dalam bilik, gua memikirkan semula perkara yang terjadi masa keluar tadi. Seolah-olah satu kekacauan terjadi. Lantas gua duduk menghadap komputer semula. Gua tekad menulis. Menulis dengan hemah.






Rabu, November 3

setadi week gua

banyakkan kena baca

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar adinda di sana? Kanda di sini baik-baik sahaja hendaknya. Cis, ini bukan jenis karya gua. Kah kah kah...pertama kali gua bagi salam nih kat entri rasa-rasa. Istigfar panjang. Kalau takdir gua masuk dalam Program Imam Muda mungkin ada harapan kena gelak. Berkali-kali gua 'check' ejaan salam tu. Takut takut salah eja. Boleh buat malu orang kata. Naifnye gua.

Seingat gua malam hening yang kelmarin susah benor gua nak lelap. Langit hampir pagi gua baru nak tidur. Gua tidur berbantalkan kasih, berselimutkan sayang. Pukul 1, mentari mamang sedap-sedap memancak ke atas macam cemburukan gua yang asyik di buai mimpi indah bersama lisa surihani masa tu. Cahayanya betul-betul kena kat dahi. Tak ada sipi-sipi dah masa tuh. Tak ada kompromi. Memang dengki. Tak cukup dengan itu, dia bagi bahang, suruh bangkit.
Gua jeling Sang mentari balik, sedap saja dia senyum kat gua. Ejek gua la tu. Gua insan selemah lemahnya dengan ini akur. Akhirnya bangkit.

Gua jenguk luar tingkap. Gua tak pasti samada yang duduk bertenggek itu Burung hinggap yang ketawakan gua tempoh hari masih ada lagi di dahan. Rasa-rasanya ya dah. Kali ini dahannya lebih besar dan kuat. Pedulikan dia. Nanti tegur, takut di katanya tak pernah dijumpanya orang macam gua ni. Padahal dia yang janggal. Aaahh, malas nak layan perasaan.

Gua bingkas beralih tempat, dari katil empuk ke meja kecil. Layan fesbuk kejap. Sarapan cara mat saleh orang kata. Baca komen balas komen. Yang banyaknye kena 'like'. Yang komen nye sikit. Ini pun satu hal. Gua syak keyboard diorang ada masalah. Tak apa, ada hari ada batas. Ada idea kita tambah entri kat belog.

Ada kena mengena ke? Tak apa, janji faham.

Untuk kasi habis ini cerita. Gua capai tuala Donald Duck gua. Capai baldi kecik yang isinya sabun berus gigi segala bagai. Terus pegi mandi. Kali ini langkahan gua padu. Barulah anak melayu rasa ada wawasan macam ni. Bangun-bangun tak ada banyak merepek, terus pegi mandi.

Dalam tandas ada budak cina mandi sambil nyanyi. Muhibah betul. Menyanyi lagu ziana zain. Benda-benda macam ni gua tak nak bagi muka. Gua pun turut nyanyi sama. Lagu Jamal Abdillah gua pukul. Kasi habis satu rangkap. Gua keluar. " Manyak sedap maa" puji anak cina tadi sebaris dengan gua nak gosok gigi. Gua tenang. Buat muka bengis. Lari lintang pukang masuk bilik. "Baru tau gua siapa" getus gua dalam hati.

Siap mandi dan solat semua, terus gua turun ke kafe. Makwe kafe yang cun tak kerja petang. Malam je. Nak beli makanan pun tak ada feel. Banyak sungguh pasangan bercinta sedang lepak dekat kafe. Cemburu betul gua.

Gua makan kat bilik, sambil layan ceramah. Sorang-sorang tak dak teman. Lepas makan, gua Online kejap. Baca surat khabar kejap, Fesbuk kejap dan main game kejap. Rasa mengantuk pula. Terus gua bukak baju tinggal seluar kecik, bukak kipas nombor lima, tidur balik. Indah betul 'study week' gua.

"Esok gua stat study," getus gua dalam hati sambil peluk bantal.



Selasa, November 2

revolusi

ini jambu sangat...


Untuk semua, untuk gua, untuk pembaca yang senyap. Gua akan bertukar dan menukar layout `kubikin prosa... yang lebih simple.

Bersedialah.

Revolusi itu indah.

Isnin, November 1

ke sungai congkak

ni yang pegi tak sampai separuh, kalau semua pegi rasa-rasa naik air sungai congkak...kah kah kah

Hai. Apa khabar semua? Semoga sihat dan tak ada masalah berat berat macam orang susah. Gua sekarang tengah dalam minggu-minggu genting periksa. Kelas-kelas kena full hadir, baru ada wawasan orang kata. Masa-masa ni dah memang tak ada masa nak suruh kawan sign atenden dan siapa yang ponteng kelas masa-masa genting macam ni boleh kategori spesis boleh di pandang keji. Hahaha...

Masa-masa yang macam ni jugak la budak-budak ikan gua mengada nak pegi bekelah. Masa pukul 1 tengah hari, 27 hari bulan. Kat mana? Sungai Congkak brader...Ulang sekali lagi, Sungai Congkak. Sungai ni terletak jauh-jauh hulu Selangor. Gua memang tak reti betul ngan budak-budak ni. Potong stim gua nak belajar. Diorang bukan tau yang gua ni kene setle repot kimia, buat poster, amali lab, dan ulang kaji pelajaran. Benda-benda macam ni kadang-kadang gua ambil serius. Tapi seserius mana pun gua ada batas dan pantangnya. Dengan langkah yang drastik, gua ambil keputusan kerja-kerja yang bertimbun belakang kira, sekarang bagi laluan gua untuk suka-suka dengan kosmate gua. Amacam? Ada masalah?

Dah jom gerak...