Selasa, September 7

dan bilang sama dia


Pada satu petang yang nyaman ketika gua sedang rancak bersembang dengan teman handai di sebuah pantai. Suddenly, datang seorang gadis. Cantik rupanya, baik tingkah lakunya, sedap mata yang memandang serta manis benar senyumnya. Macam pernah lihat, tapi dimana kedudukan gua masa tuh? Bekas janda? Kekasih hati?

***
Ingat zaman sekolah dulu-dulu masa gua ade awek. Fuhhh...gua dapat awek pengawas cakap lu. Ada jawatan. Ada gaya. Semua mamat usha-usha. Ada tuh, tunggu berabad tak dapat-dapat. Alih-alih gua jek dapat. Menggelupor menangis mamat tuh. Hebat gak penangan gua masa zaman sekolah dulu-dulu. Silap-silap awek tuh yang usha gua dulu. Ahahaaa!

***
Gua masuk dapur, tengok dia tengak masak. Gua peluk dari belakang "Masak apa tu awak, petang ni kita pegi pantai nak" tanya gua secara subjektif. Mesra sungguh. Panggilan pun Awak Saya sahaja. Tidak seperti pasangan yang lain. Gua ni jenis keras dalam bunga. Dah jadi suami isteri masa tuh. Bahagia hidup.

Petang pun tiba, gua packing apa yang patut. Nak pegi pantai nih. "Awak tunggu dalam keta ek, saya amek kunci keta jap" fuh..fuh..fuh...bicara gua sungguh manis masa tu. Ini keta gua masa tuh...




Baru kena dengan mood nak pegi pantai. Mungkin gua terbawa-bawa dengan drama bersiri kat tivi baru-baru ni. Tu yang dapat keta nih. Cilakak! Warna pun sama.


***


Gua panggi orang gaji gua "Bik tolong ambilkan bapaknya kunci keta kat meja besa tu. Cepat sikit!" suara gua agak kuat kat situ.

Tunggu punya lama tak sampai-sampai jugak kuncinya. Kesabaran gua ada batasnya. "Mana ni? Lambat sungguh!" berkata gua sendirian.

"Cuba bawak-bawak bersabar sikit brader..." sampuk seekor siput babi di bibir longkang dengan suara yang parau. Gua merenung siput babi peramah yang sedang mengikat buluh untuk membuat rakit.

"Ah pandailah kau siput babi, kau bukan tahu asam garam hidup bahagia berumah tangga ni."

"Ok, fine..." balas siput babi semula. Siput babi terus memakai 'life jacket' dan terjun ke dalam longkang. Gua geleng kepala.



***


Setelah dapat kunci keta gua terus ke Austin Mini Cooper gua. Selama ini menjadi bini kesayangan gua yang nombor dua.

Masuk dalam kereta, tengah komited gua start enjin tiba-tiba terdengar suara mak gua "Nak sahur tak nak ni, sahur nak habis da ni, cepat-cepat!" sambil buka lampu kat bilik gua tidur.

"Sikit lagi ma" balas gua mamai-mamai. "Ikot suka lah. Subuh kejap je lagi nih" mak gua da fed up dah. Gua tengok jam dan terus bangkit, sipi-sipi lagi nak masuk 5.30 pagi.


***


Dalam hati, gua kecewa. Gua memang salahkan seratus peratus pada orang gaji gua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan