Jumaat, Januari 7

'orang' dengan 'benda'

Benda-benda macam ni kadang kadang datang singgah kejap kejap dalam hidup. Bukan apa, sekadar mahu menguji.

Gua tahu sekarang masa dah banyak berubah. Tahun dah baru kan. Ambil yang baru, yang lama buang buangkan. Semua orang nak ada jiwa baru, azam baru, baju baru, seluar baru, cara jalan yang baru, cara bercakap yang baru, pointer baru, cara datang kelas yang baru, cara pandang orang yang baru, cara membahan orang yang baru, kumpulan yang baru, pendek kata semua baru. Kalau boleh yang lama buang jauh jauh bagi tak nampak. Jangan macam tu. Yang lama kadang kadang nilainya tak ada tolok bandingnya. Lebih berharga kalau nak banding dengan yang baru. Rugi kalau buang terus. Kalau main campak jauh jauh mintak mintak ada yang kutip balik.

Kadang kadang kita tahu dan kita benar benar sedar kita perlu kan orang untuk kebaikan diri sendiri. Kita perlukan dia untuk sesuatu situasi, untuk sesuatu keadaan, untuk sesuatu usaha kerja atau mungkin untuk dijadikan tangga kita mencapai sesuatu benda. Nak lebih tepat lagi? Untuk dijadikan alat ke destinasi yang harus ditujui pada masa masa tertentu. Makna lain adalah gunakan dia. Tidak kiralah berbalas atau tidak budinya. Janji hajat kita sampai!

Kejap. Gua rasa baik gua tukar perkataan 'orang' tu kepada perkataan 'benda'. Baru sedap gua nak mengarang. Tak rasa selindung orang kata.

Tapi yang peliknya, dengan super-ego yang wujud dalam setiap diri kita membuatkan benda yang kita sangat - sangat perlukan itulah yang kita kutukkan, yang kita biarkan, yang kita lepaskan, yang kita rasa menyampah, yang kita rasa benda tu dah tak patut ada dalam kumpulan kita, yang kita tidak rasa ia tidak lagi berguna untuk kita buat semester ni, yang kita rasa dah memang buat boring je kalau ada benda ni, yang kita anggap benda ni lah yang merosakkan pointer kita, atau lebih sedap kalau kita kata benda ni dah memang tak ada makna sikit pun dekat kita sekarang. Mungkin kita silap. Sebab benda ni dah kenal sangat dengan kita. Bila dah kenal masalah mungkin payah nak timbul.

Macam ni la gua bagi contoh senang, lu ada kaki. Kaki lu kotor. Lu cabut kaki lu. Lu tukar dengan kaki orang lain. Yang jauh lebih cuci bersih dari kaki lu. Lepastu cuba lu bangun berdiri. Boleh ke tidak. Bukan ke payah lu nak berdiri? Bukan ke payah lu nak berlari? Apa ke dosanya bila yang kotor ni lu cuci bersih dan mula berdiri dan berlari? Payah ke? Susah ke?

Bangang apa main kaki-kaki ni.

Okey sekarang tak payah citer panjang. Pokoknya macam ni, perubahan yang perlu betul - betul perlukan dalam masa sekarang ni kita sendiri. Belajar terima benda tu dengan kita. kita tak boleh lari dengan benda tu sebab benda tu kita pun kenal dia, dia pun dah kenal kita. Macam adik beradik. Biar kecil perubahannya. Takpa. Akan datang sikit - sikit. Kita sama-sama terima seadanya.

Dan sekarang, cuba tukarkan 'sesuatu benda' itu kepada 'seseorang'. Amacam ada rasa tak?

Macam ni la. Jangan merangcang sangat la. Tak elok. Orang kata, hidup ni jangan terlalu dirancang sangat. Nanti perfect. Kalau perfect sangat dah jadi tak best. Dan gua pun tak nak semua benda perfect. Termasuklah belajar, kawan kawan, kewangan dan semua - semua. Gua tak mahu terlalu perfect. Biar lobang sana sini. Sekurang kurangnya, gua ada kerja nak buat. Kerja - kerja pembetulan hidup yang gua boleh buat. Kalau tak, bosan je takde kerja sebab hidup perfect sangat. Ah mana ada orang perfect kat dunia ni. Ye dak?

Tapi jangan lah tak merancang langsung. Bangang namanya. Kalau malas nak merancang, janji ada idea. Biar kita ada idea bila nak buat apa apa. Kejar impian kita sampai dapat genggam ketat ketat. Tak mampu kejar impian?

Kalau kita tak mampu nak 'kejar' impian, 'jalan' pun boleh. Asalkan sampai. Biar lambat asal selamat!


nota kaki: Oh maaf, gua tak cakap pasal gua, tapi gua cakap pasal kita. Semua...Okey tak faham? Baca banyak kali. Faham lah tu...

4 ulasan:

  1. sometimes the old one more worthy than the new one ... don't 'throw' it .. :)

    BalasPadam
  2. huhuhu erm pesen ckp pumpang....

    BalasPadam
  3. irfannnn....
    ow ko ckp pasal aku ek.....
    hehe...

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini