Selasa, November 23

pengalaman saya berada di asrama

Bila tiba sahaja malam gua akan turun kelas persediaaan atau prep yang disediakan oleh pihak asrama sekolah untuk tempat mengulangkaji pelajaran.

Ini cerita 4 tahun lepas, pada satu malam yang nyaman, kepala gua sangat berselirat dibebani dengan pelbagai permasalahan dunia. Mata memang mengantuk. Kalau tak mengantuk bukan gua namanya. 15 minit pertama saja gua cergas. Kemudian sepanjang kelas persediaan atau prep malam gua tidur sampai kebas-kebas tangan. Memang tangan gua saja yang paling empuk untuk buat alas kepala. Kalau tak tidur gua tibai main daun terup. Pernah satu kali gua kena tembak dengan warden asrama dengan senapang tembak cicak. Bising masa kelas prep punya pasal. Masa tu ulangkaji pelajaran memang gua tolak tepi. Gua lebih cenderung menggunakan IQ gua semasa menyelesaikan masalah matematik.

Tepat pukul 1o.30 malam, prep malam tamat. Automatik gua terjaga. 'Instinct' waktu habis belajar gua memang tinggi. Pelajar-pelajar lain sibuk kemas-kemas buku, bangun dan berlari turun pergi dewan makan. Entah apa yang sedap sangat mee makcik dewan makan tu. Dah la brader buat air tu hari hari muka macam tak mandi. Air pula satu jenis saja yang dia buat. Balik-balik milo panas tawar-tawar, jenis pesen buat air kedekut gula. Sekali-sekala buatlah air biji selasih ke, air kiwi ke, air cendol gula melaka ke, neskepe tarik gelas kecil ke. Tak pandai amek hati betul.

Dewan makan pun penuh, Berebut-rebut budak. Yang senior tolak junior. Yang junior pun tak boleh kata apa. Yang rendah boleh jadi tinggi. Yang tinggi boleh jadi rendah. Ada yang nak mee lebih la. Ada yang mahu kuah sikt la. Ada yang buat tanya la. Ada yang amek dua pinggan la. Macam-macam. Jenis budak-budak kebulur, tak pandai nak beratur. Bila ada warden baru nak hormat junior.

Gua bertarung di tempat amek makanan. Bukan main susah nak hulur tangan nak dapatkan sepinggan mee. Kepala dan leher penuh keliling gua. Bau macam-macam. Gua tunggu dengan sabar. Mee pun dapat. Gua cari meja duduk kat tempat biasa. Jenis sabar,baik budi pekerti, sopan, tinggi budi bahasa dan hensem pulak tu orangnya. Kah kah kah...

Masa zaman sekolah asrama dulu. Duit memang bapak gua bagi sikit-sikit. Sebab asrama dah sediakan makanan. Gua periksa duit gua. Ada sehelai duit kertas RM5 dengan rekabentuk baru. Duit akhir. Kalau habis, gua memang bengkrap. Muda-muda dah pandai bengkrap.



***


Tiba tiba gua rasa tak cukup kenyang untuk malam ni. Tak padan dengan tidur tadi, gua kata. Makan kena bersungguh. 10 minit kemudian, gua 'repeat' pergi angkat itu mee lagi. Semoga dewan makan sekolah asrama gua terus mencatat keuntungan tinggi di dalam setiap tahun dan tiada pembaziran yang berlaku hendaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan