Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar adinda di sana? Kanda di sini baik-baik sahaja hendaknya. Cis, ini bukan jenis karya gua. Kah kah kah...pertama kali gua bagi salam nih kat entri rasa-rasa. Istigfar panjang. Kalau takdir gua masuk dalam Program Imam Muda mungkin ada harapan kena gelak. Berkali-kali gua 'check' ejaan salam tu. Takut takut salah eja. Boleh buat malu orang kata. Naifnye gua.
Seingat gua malam hening yang kelmarin susah benor gua nak lelap. Langit hampir pagi gua baru nak tidur. Gua tidur berbantalkan kasih, berselimutkan sayang. Pukul 1, mentari mamang sedap-sedap memancak ke atas macam cemburukan gua yang asyik di buai mimpi indah bersama lisa surihani masa tu. Cahayanya betul-betul kena kat dahi. Tak ada sipi-sipi dah masa tuh. Tak ada kompromi. Memang dengki. Tak cukup dengan itu, dia bagi bahang, suruh bangkit. Gua jeling Sang mentari balik, sedap saja dia senyum kat gua. Ejek gua la tu. Gua insan selemah lemahnya dengan ini akur. Akhirnya bangkit.
Gua jenguk luar tingkap. Gua tak pasti samada yang duduk bertenggek itu Burung hinggap yang ketawakan gua tempoh hari masih ada lagi di dahan. Rasa-rasanya ya dah. Kali ini dahannya lebih besar dan kuat. Pedulikan dia. Nanti tegur, takut di katanya tak pernah dijumpanya orang macam gua ni. Padahal dia yang janggal. Aaahh, malas nak layan perasaan.
Gua bingkas beralih tempat, dari katil empuk ke meja kecil. Layan fesbuk kejap. Sarapan cara mat saleh orang kata. Baca komen balas komen. Yang banyaknye kena 'like'. Yang komen nye sikit. Ini pun satu hal. Gua syak keyboard diorang ada masalah. Tak apa, ada hari ada batas. Ada idea kita tambah entri kat belog.
Ada kena mengena ke? Tak apa, janji faham.
Untuk kasi habis ini cerita. Gua capai tuala Donald Duck gua. Capai baldi kecik yang isinya sabun berus gigi segala bagai. Terus pegi mandi. Kali ini langkahan gua padu. Barulah anak melayu rasa ada wawasan macam ni. Bangun-bangun tak ada banyak merepek, terus pegi mandi.
Dalam tandas ada budak cina mandi sambil nyanyi. Muhibah betul. Menyanyi lagu ziana zain. Benda-benda macam ni gua tak nak bagi muka. Gua pun turut nyanyi sama. Lagu Jamal Abdillah gua pukul. Kasi habis satu rangkap. Gua keluar. " Manyak sedap maa" puji anak cina tadi sebaris dengan gua nak gosok gigi. Gua tenang. Buat muka bengis. Lari lintang pukang masuk bilik. "Baru tau gua siapa" getus gua dalam hati.
Siap mandi dan solat semua, terus gua turun ke kafe. Makwe kafe yang cun tak kerja petang. Malam je. Nak beli makanan pun tak ada feel. Banyak sungguh pasangan bercinta sedang lepak dekat kafe. Cemburu betul gua.
Gua makan kat bilik, sambil layan ceramah. Sorang-sorang tak dak teman. Lepas makan, gua Online kejap. Baca surat khabar kejap, Fesbuk kejap dan main game kejap. Rasa mengantuk pula. Terus gua bukak baju tinggal seluar kecik, bukak kipas nombor lima, tidur balik. Indah betul 'study week' gua.
"Esok gua stat study," getus gua dalam hati sambil peluk bantal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan