Rabu, November 10

hari paling onar

Petang semalam gua keluar. Turun dari tempat bertapa gua, kat kolej. Jarang gua keluar kecuali kalau ada perkara yang paling mustahak. Gua tak gemar keluar saja saja dengan tidak mempunyai visi dan misi yang sah. Keluar saja saja ini tak berapa bagus dan kelak boleh membawa banyak kemungkinan. Kemungkinan paling besarnya adalah memunah duit. Memunah duit adalah perangai kerajaan dan penagih dadah.

Mula-mula gua keluar, gua tuju ke Bukit Jalil iaitu sebuah tempat yang dimana boleh dikategorikan kawasan yang ramai umat manusia. Gua ke sana bukan nak tengok Piala Malaysia ke melawat tempat ke, gua ke sana untuk beli tiket bas nak balik beraya haji. Cari punya cari bas tak ada. Gua pegi bertemankan epie, padil, madie, sorang lagi, pais. Semua ni kenalan gua sejak berada di UPM. Lepas setle cari tiket yang memang ada satu je untuk gua, tempat duduk paling belakang sekali. Gua rasa lega.

"Dah sampai masanya untuk kita lebih sistematik dan komited dalam melepak bersama kawan-kawan. Walau dari mana pun kita datang, kita harus ada wawasan, apa kata pekena nasi lemak dekat kampung baru?" soal gua tenang pada penumpang-penumpang belakang. Epie yang memandu Toyota Prado memasukkan gear dan terus menekan kaki kanan hangguk tanda setuju.

Padil yang berada ditempat duduk belakang diam memandang ke kanan tingkap. Barangkali mengelamun jauh. Apalah sangat belakang lori sayur kalau hendak diteliti baik-baik sehingga tak mahu bercakap sepatah.

Sampai kawasan kampung baru. Pusing cari parking.
"Kanan!" arah gua di kerusi penumpang hadapan. Epie berhenti dan letak kereta betul-betul di hadapan sebuah rumah kayu yang ada di tengah-tengah bandaraya Kolumpo. Waktu malam macam ni, kedai makan kat kampung baru ini memang jadi tumpuan. Yang 20-an, gua, epie, pais padil dan madie sahaja. Yang 30-an hingga ke 70-an, semuanya berlonggok di situ berborak entah apa benda sampai ke tengah malam. Tak ada visi.

Sampai di suatu gerai yang namanya Nasi Lemak Antarabangsa betul-betul nampak bangunan tinggi jagung dua batang. Gua cari 'port' nak duduk. Meja makan iaitu satu meja di kaki lima sebelah rumah nampaknya kosong. Gua cepatkan langkah betis takut-takut dipintas orang lain.

Gua capai kerusi plastik satu buat duduk. Perangai orang gerai ni mamang stail tak amek oder. Jenis yang pelanggan kena pegi kat meja kaunter. Nasi dah ambil campur lauk kerang sikit dengan ayam goreng bersama dengan air sirap. "Berapa?" tanya gua dengan adapnya. "Sepuluh ringgit empat puluh sen" jawab makcik mata sepet, macam indon. Jenis tak sedap mata memandang."

Gua telan air liur.

Dalam hati nape la dalam banyak-banyak kedai gua singgah sini. Tengah makan-makan, dari stat awal hingga nasi terakhir, gua kira2 ada dekat tiga orang 'bangfes' datang jual cendera hati, jual jam, jual stiker, jual gunting bulu hidung, jual ketip kuku, macam-macam. Masuk kali keempat kalau datang jual barang tengah gua makan, gua tak segan nak terajang. Tak padan makan nasi lemak ngan harga 'sepuluh ringgit empat puluh sen'. Gua syak mahal sebab ada pemandangan bangunan jagung dua batang kat gerai tu. Status gerai je lah makcik. Tak payah nak mahal-mahal kalau stakat ada dua tiga sign artis. Gua pun tak kenal artis mana punya sign. Melayu macam ni tak ke mana.

Habis sumua makan, gua dan yang lain angkat punggung beredar. Hati masing-masing tekad tak akan mengada singgah lagi. Epie terus ke Toyata Pradonya. Yang lain mengekor belakang.


Sesudah melepasi kelajuan 40 km/j, kepala gear pulak nak bermanja-manja. Rosak!. Bau hangit datang dari belah luar keta. Gear dah terkulai. Menyedari masalah kian rumit gua geleng kepala.

Niat di hati untuk senangkan kepala selepas hempas pulas jawab exam. Tapi tak apa. Mungkin ada hikmahnya. Sudah takdir. Apa nak dikata.

Dah bermasalah ni, kepala gua kena rilek. Gua jalan masuk lorong cari sapa-sapa yang boleh tolong. Madie ngan pais jadi peneman. Pendekkan cerita. Jumpa la sorang brader ni. Dia kata boleh tolong. Prado dia suruh tinggal dekat workshop. Gayanya bukan macam pomen biasa. Pakai keta lima siris. Brader ni la tolong hantar kitaorang balik kolej.

Dalam perjalanan balik, dalam keta lima siris beliau bersembang. Agak kencang tiupnya. Brader tu cakap pada gua.

'Sekarang ambil masa kamu. Masa tu belajar sungguh-sungguh. Tak payah nak ada awek ke makwe ke. Ko bukan ada apa-apa pun sekarang nak bagi dia. Semua orang bagi kat engkau. Awek ni kalau dah keluar dari dunia sebenar boleh tinggal kau bila-bila masa saje. Macam kekatu, pergi tempat cahaya. Kalau perempuan pulak, pergi yang ada duit. Sekarang masa engkau belajar betol-betol. Tak payag nak pikir benda lain. Besar nanti boleh jadi pegawai, pakai keta besa. Lebih besa daripada aku punya beb. Masa tu baru ko boleh cari calon. Kalau kamu nak jadi engineer, kamu mesti jadi engineer yang nombor satu. Kalau nak jadi pengurus bank, jadilah pengurus bank yang nombor satu juga. Kalau nak jadi rambut kuning, hisap gam, ahli kelab malam dan segala-galanya pun, jadilah yang nombor satu. Pendek kata, kalau buat apa pun, into apa bidang pun, mesti jadi yang nombor satu. Mesti jadi yang terbaik. Yang paling handal. Yang paling ekselen.'

Lebih kurang macam itulah brader tu cakap sampai serak serak angsa. Gua tak ambil mudah perkara yang brader tu cakap sebab memang ada betulnya. Cuma yang rambut kuning dan yang lepas lepas tu, gua reka sendiri pasal nak kasi ada jiwa.


***

Di dalam bilik, gua memikirkan semula perkara yang terjadi masa keluar tadi. Seolah-olah satu kekacauan terjadi. Lantas gua duduk menghadap komputer semula. Gua tekad menulis. Menulis dengan hemah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan