Isnin, Disember 20

Hal gigi

Mengikut senarai ranking benda benda paling palat dalam perjalanan hidup gua yang dikeluarkan oleh gua sendiri pada tahun ini, 'sakit dalam mulut' menduduki antara tangga tertinggi. Semalaman gua langsung tak boleh tidur. Dia punya sakit gua cakap lu sampai satu ketika macam nak cabut kepala lepas tu buat tendangan lencong kepala sendiri. Biar terbang jauh-jauh. Ini sakit bukan runcit-runcit punya sakit. Memang sakit betol-betol.

Setelah melalui ranjau penuh duri, jalan berliku,
percubaan berkumur secara kerap, gosok gigi secara sama rata supaya tidak lagi memberontak, gua akhirnya mati akal. Dah berapa banyak cara dah gua guna, sakit tak hilang-hilang.

Pukul 6 pagi, gua dah tak reti nak buat apa dah. Tak ada banyak nak cerita, gua mandi, gua pakai baju, gua masukkan benda-benda yang patut dalam beg, gua ikut mak gua pegi keje. Mak gua memang keje spital.

Perjalanan ke spital memakan masa lebih setengah jam juga. Jalan sikit berhenti. Jalan, berhenti. Pesen pagi-pagi jem orang nak pegi keje. Gua bagi tau mak gua suh doktor gigi sana kasi check gua sama gigi, kalau boleh cabut, cabut lah. Kalau boleh operate, operate lah. Kalau boleh buat masuk air, masuk air lah. Kalau boleh tahan kad wad dua tiga hari, silalah. Gua apa peduli.

Masa nak mendaftar, punya la ramai makhluk, meriah sangat. Bangang apa datang spital ramai-ramai ni. Mak gua masuk daftar, gua tunggu kat luar. Duduk kejap dalam tujuh minit setel. Gua lepas tu dibawa ke bahagian pergigian HUSM. Besar bangunannya. Daftar lagi. Isi nama, amek Ic bagai, baru dapat nombor.

Mak gua tinggalkan gua kat situ, pegi buat keje dia. Masa menunggu gua tongkatkan dagu dengan penumbuk kiri dan kanan. Tenung pada entah apa yang gua renungkan. Semakin jauh renungan, semakin hilang sabar gua. Sakit memang tak mahu reda langsung.

Tiba-tiba datang sorang amoi, dia pegang satu fail. Nampak pesen budak budak pratikal yang nak jadi doktor gamaknya.

"Kenapa datang sini?" sambil ibu jari tunjuk ke arah gua.

Bongok. Muka cantik, soalan bodoh yang ditanya. Gua masa tu fikir ramai orang je. Kalau tak, memang gua dah lempang amoi itu jam juga.

"Sakit gigi la" jawab gua sopan.


***

Buat pertama kalinya nombor gua dipanggil. Tiga kosong satu dua...Tiga kosong satu dua...Dengan megahnya gua bangun daripada kerusi masuk ke dalam bilik doktor. Cun pulak doktornya. Gua duduk. Kerusi dia jadi menurun secara automatik bila doktor tu tekan satu butang. Cahaya lampu memang tepat ke arah mulut gua.

"Awak ngaga" kata doktor.

"Owh ini bukan masalah gigi rosak ni, ni masalah gigi geraham nak tumbuh ni, dia punya gusi...bla..bla..bla..." terang doktor panjang. "Tunggu kat luar ye, nanti nurse panggil"

"Ni epoimen awak dengan doktor ye empat hari bulan satu" Nurse itu berkata. Gua tenung dalam-dalam je muka dia. Bangunan besar saje. Buat keje lembab.

"Kira macam mana ni? Pagi-pagi datang sakit-sakit kena tunggu sampai bulan satu ni apa jadahnya?" gua tanya.

"Ramai pesakit..." nurse tu jawab.

Sikit lagi gua nak naik tangan.



nota kaki: nampak tak entri gua kali ni agak marah? kah kah kah...yg baca, apa lagi komplen-komplen la sikit...

4 ulasan:

  1. muahaha .. saketkah saket gg ? koksey kokdam xpenah rasa .. await xpg swasta ?

    BalasPadam
  2. hahaha. 4/1/2011? bkn dah start kelas ke? ko nk g klinik cmne? haha

    BalasPadam
  3. ye la dah stat kelas...last2 gua pegi swasta...cabut...setel!

    BalasPadam
  4. hah ? cabut gano plop ? kato nk tumbuh ?

    BalasPadam