Rabu, Disember 8

pengalaman saya berada di asrama [part 2]

Gua memang budak asrama. Mula dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Masa tu dah tingkatan 5. Asrama yang ketiga dan yang paling akhir dalam hidup gua selaku budak belajar sekolah. Rasa tak sedap langsung. Entah idea apa jadah kerajaan pakai. Kumpul budak ramai-ramai, lepas tu bagi makan benda-benda tak khasiat. Gulai ikan jaket contohnya. Kucing pun pandai buat buat pengsan kalau suruh makan.

Selasa dan Jumaat ni hari makanan sedap-sedap untuk asrama-asrama. Tu pun sekodar nasi ayam dengan buah tembikai sama itu air sirap sejuk pesen tak nak tak nak. Nasib baik gua jenis tak ada hal sangat bab bab makan. Lagipun gua dah biasa minum air paip sampai kembung perut lepas main bola petang-petang. Kira boleh bertahan lagi kalau tak makan. Sedap dia semacam. Tak puas minum sikit. Kena minum banyak.

Bila malam-malam, melapar pula perut gua. Jadi kalau ada duit, gua pergi angkat meggi celup di kedai depan asrama. Boleh tahan sikit rasa dia. Tapi biasanya duit gua entah ke mana. Nak harap duit kerajaan, macam-macam borang nak kena isi. Takkan gua nak isi alasan 'beli nasi'?

Kalau hari hujung minggu, ramai mak-mak bapak-bapak datang melawat anak-anak mereka. Macam gua ni, ada dalam 3 kali saja bapa gua melawat sepanjang gua kat situ. Itu pun memang sebab guru penolong kanan hal ehwal murid suruh datang ajak berbincang. Memang tak ada le bapa gua nak bawa biskut meri ke, air soya ke, ayam kentaki ke, atau nasi kukus. Cuma nyaris-nyaris nak bawa air jampi ada la.

Budak-budak lain yang ada pelawat memang meriah. Macam Jom Heboh pun ada kalau tengok. Kadang-kadang bekalan makanan tu boleh tampung sampai sebulan. Berdasarkan plastik warna-warni yang gua intai, memang lazat gayanya. Peh..bukan main lagi tersengih-sengih bawa plastik besar naik bilik. Ada juga sesekali gua bersidai kat koridor sambil mark 'budak mana', 'bilik mana'. Malam sikit senang nak attack.

Macam gua ni, gua memang dah terapkan prinsip percaya kepada rezeki sejak di bangku sekolah. Tuhan memang dah tetapkan rezeki masing-masing. Kalau ada rezeki makan, ada lah. kalau gua ada rezeki nak tibai budak sampai patah patah, remuk remuk, ada lah.

Nak dijadikan cerita, pada suatu malam gua tengah baring atas katil empuk gua. Masa tu dah hampir tengah malam. Lampu warden dah awal awal 'warning' suruh tutup sebelum puku 10.30 malam. Kalau tidak masak budak asrama kena tembak dengan peluru cicak. Jenis askar punya warden asrama. Didik budak pakai peluru.

Tiba-tiba gua terdengar bunyi aneh.

Prup prap Prup prap Prup prap...

Gua baring senyap-senyap. Nak kata makhlus jin, makhluk halus, tak ada pula bulu roma meremang. Gua cari di mana puncanya. Sekali imbas macam bunyi almari. Tak mungkin hantu almari.

Dalam samar-samar sinar bulan tu gua boleh nampak satu lembaga dalam posisi berjaga-jaga tengah makan keropok ikan atas katil tepi almari. Bunyi almari tu memang sengaja dia buat sebab nak 'cover' bunyi kruk kruk keropok ikan dalam mulut dia.

Apa punya budak, makan pesen sorang-sorang. Takde budi bahasa langsung. Macam cilake!

1 ulasan:

  1. haha. gila best punya pengalaman. siyesly, ko bole buat novel PELIT. Seronok bace.

    BalasPadam