Jumaat, Oktober 15

cerita zaman sekolah

Ini entri panjang. Kalau bosan tolong hentikan bacaan anda. Plot tak ada. Jalan cerita tak ada, konflik, klimaks semua lingkup. Mungkin tersasar tanpa arah tuju.

Waktu zaman sekolah dulu-dulu gua seorang budak yang kurang bersungguh-sungguh. Tidak kiralah, daripada bangun pagi-pagi, mandi pagi, gosok gigi semuanya tidak terlalu obses. Itu memang gua. Mungkin pada masa tu gua budak yang hanya reti nak sedap-sedap sahaja. Tak tahu pentingnya itu sekolah.

Biarkan dulu cerita pasal budak-budak ni. Cerita sekolah gua.

Mula sekolah daripada sekolah darjah 1 sampai 6 kat kampung. Kg. Delima. Terletaknya sebuah kampung yang dekat-dekat sahaja antara P.mas dan Tumpat. Gua budak lagi masa tu. Tau nak makan aiskrim, main basikal, lepak kat tepi parit dan bila kantoi ngan mama kena bising, main bola yang pukul dengan kayu dan lari bulatan atas selipa sampai lewat petang, pastu tengok tivi cerita doraemon sampai habis, mandi lambat-lambat dan chop bilik mandi no.1 di kalangan adik beradik gua. Malam-malam kena paksa pegi tusyen. Susah-susah juga bapak gua masa mula-mula nak bagi gua jadi orang yang suka belajar dulu. Masa tu UPSR gua tidak secermerlang sepupu-sepupu gua. Masa tu sikit pon gua rasa tak gelabah sebab dapat 3A. Mencari perempuan untuk di jadikan cinta monyet? Jauh sekali. Gua lebih sibuk main polis entri lawan dengan budak kampung sebelah dan main basikal ronda kampung ke kampung. Lewat-lewat dekat maghrib baru reti nak balik rumah.

Masa masuk menengah gua masuk kejap kat sekolah menengah kebangsaan Wakaf bharu. Masa nih semua member-member gua dah pandai pakai minyak rambut, yang perempuan reti dah pakai-pakai bedak. Nak kelihatan menawan katanya. Jodoh gua kat sekolah tu tak panjang. Tak sampai sebulan pun. Gua memang syak bapak gua tak nak bagi gua sekolah kat situ, sebab dekat dengan rumah. Nanti tak jadi orang katanya. Gua kemas baju dan bawak apa yang patut. Gua kena duduk asrama dan sekarang gua masuk sekolah menengah kebangsaan agama Falahiah. Selamat tinggal kampung halaman. Selamat tinggal basikal.

Gua jadi budak yang patuh pada peraturan masa dekat sekolah tuh. Sebab cikgu-cikgu dia garang macam bapak gua. Kawan-kawan pun dah lain. Semua budak-budak sekolah tu jenis yang suka duduk depan masa belajar dan suka berlumba-lumba datang awal ke sekolah. Nak tak nak gua kena into sekali. Sekolah ni semua laki, kena pakai songkok. Form 1 sampai form 3. Lama-lama kat sini gua buat kawan. Ramai. Semua yang ada rasa macam gua. Yang satu kepala la senang cakap. Otak semua reti yang nak seronok-seronok. Belajar letak tepi. Malam-malam keluar ikot lorong babi pegi tengok bola kat kedai pelayan. Kat sini gua belajar macam-macam dengan rakan sebaya. Yang seronok? Yang baik? Yang tak baik? Yang ada faedah? Yang tak berfaedah? Kenangan? bersepah. Suka sekolah semua laki ni. Tak ada banyak konflik dalaman antara rakan sebaya. Seronok-seronok jugak PMR 7A masa nih. Bapak gua mula jalan tak jejak tanah. Gembira tak payah cerita.

Bila dah macam tu. Gua masuk sekolah asrama penuh. Sains Seremban. Sekolah ni pun semua laki. Budak Sains Seremban ni tradisi dia kalau nak cari awek, cari kat TKC, budak tungku kudsiah. Sekolah perempuan. Gua? Tak. Gua tak join dengan budak - budak yang suka lepak kat McDonalds kat Terminal 1 yang memag tempat budak budak TKC lepak. Gua memang tak ada masalah dengan laki. Kat sini gua kenal lagi ramai kawan dari banyak negeri. Memang masa tuh gua banyak diam je. Cakap pun buat orang tak faham sebab gua bantai longhat negeri. Rasa nak balik rumah memang ada. Hilang akal apa boleh lupa rumah halaman. Masa tuh gua tak malu tak segan join budak dikir barat. Join bola. Join ragbi. Gua masih tak into dengan belajar. Kadang-kadang gua dapat jugak nombor corot. Main-main punya pasal. Ouh ya, disebabkan passion gua terhadap bersukan pada masa tu memang dah bersinar, gualah yang paling excited bila sampai kelas Pendidikan Jasmani! Buku tak bawak, Baju PJ bawak.

Dekat sekolah ni gua banyak gaduh, sekarang dah pandai-pandai memberontak. Sikit punya hal pun boleh buat isyarat tangan, angkat jari tengah. Entah dari mana gua belajar pun gua tak tahu. Gua ingat masa tu senior senior asyik target budak negeri gua je nak rembat. Masalah punya kecik pun boleh nak tengking-tengking gaya handal bodoh sombong. Kata diorang budak-budak negeri gua berlagak. Kenapa? Manalah gua tahu. Tanya la mereka. Racist negeri kot. Sebab masa gua masuk situ ramai batch budak pantai timur dan nak jadikan cerita kitaorang kalau makan dekat dewan makan, mesti nak penuhkan meja dengan budak pantai timur ni. Tapi ada jugak budak negeri lain yang amek port. Tu tak ada masalah langsung kat gua. Lagi suka ada lah. Dan kalau bersembang beria. Bajet orang lain tak de je kat dewan tuh.

Gua jenis perangai suka melawan. Cikgu disiplin sekolah ni ada masalah kalau ada budak-budak dari pantai timur masuk sekolah dia. Ada je salah. Ada je point nak sebat bontot. Gualah tu. Pagi-pagi lagi dia dah bagi muka menyampah kat aku masa mengajar PJ. Pernah sekali cikgu disiplin panggil gua atas sebab tak hormat senior. Telinga gua penah dengar cikgu tu kata "Ko nak jadi samseng? gengter? Tak hormat orang?" Cikgu tu sikit tak tunjuk yang dia ni adil sebab tak bagi langsung gua bela diri masa tuh. Senior Form 5 suruh gua panggil diorang abang gua tak nak, masa tuh gua form 4. Brader, setahun je beza. Kita kawan kawan la. Tak payah nak tunjuk abang besar dekat sekolah. Lagi, gua penah jugak kena tipu, ada budak gua tak kenal masuk kelas, panggil gua keluar kata ada orang nak jumpa. Gua syak benda tak elok dah masa tuh. Tapi gua pegi jugak. Apa nak jadi, jadi. Sampai satu blok sekolah, tak ada orang. Yang ada cuma senior-senior yang konon-konon kental masa tuh. Tak ada cite panjang. Penumbuk sebijik kat perut. Bangsat. Gua memang tak lawan. Mereka ramai. Apa-apa boleh jadi. Pengalaman.

Geram, dendam semua ada. Gua letak depan-depan kat hati. Gua lari cari senior yang gua kenal, dan dia juga kenal gua sebab sama dorm. Selang berapa jam dia pegi talk gaya ala-ala brader jaga parking, lepas tu setle.

Setle bende? Gua yang kena penumbuk ni apa cerita?

Tak boleh buat apa pey, ni bukan tempat kita" gua akur sahaja sebab perjalanan gua ke stesen bas untuk ambik bas balik ke kelantan tu jauh. Terminal, nama stesen bas tuh. Memang port tempat gaduh-gaduh. Macam-macam boleh jadi kat gua. Mak bapak jauh. Tapi ada juga budak kelantan yang jadi tali barut senior bangsat masa tuh.

Celaka kan? Gua tahu, nak hidup senang kat situ. Kena jadi kipas senior. Macam melayu jadi baruah jepun semata-mata nak cari makan zaman sebelum merdeka dulu. Ptuihhh!!! pigi daah. Tapi bila sama-sama dah jejak kaki kat negeri sendiri baru nak baik ngan gua. Tahu engkau takot? Politik kuat ni.

Setahun gua bertahan. Caci maki. Bontot kena sebat sebab turun lambat ke kelas. Kutukan. Hinaan. Tapi yang bersembang pijak semut tak mati depan gua. Depan-depan reti pulak senyum-senyum. Macam bodoh walau sekolah kat tempat pandai.

Kenapa diorang tak suka gua?

Haa, part yang ni payah sikit. Kalau lain cara lu baca, lainlah bunyinya. Gua dibenci adalah kerana...adalah kerana gua muka jambu. Jambu??? Gua tak tahu lah. Tu diorang punya cerita. Tapi yang boleh ngam ngan gua memang ngam. Makan sepinggan pon tak apa. Kepala sama. Nakal-nakal gua masa tuh gua tak hisap rokok. Sampai sekarang. Tak tahu kenapa. Sebab tu jambu. ECECEee...

Untuk menjaga kesihatan yang lebih berpanjangan gua balik sekolah dekat dengan rumah. Kat sini gua kena jugak tinggal di asrama. Genap 5 tahun jadi budak pelajar asrama. Seronok, selesa dan gembira bila dapat balik belajar dengan kawan – kawan yang sekepala, dua kepala, tiga kepala, empat kepala (kau kira sendiri sampai habis). Tak payah pelat-pelat nak cakap KL lagi Gua amik SPM pun kat sekolah ni. Pertama kali sekolah campur laki perempuan. Teruja? Sikitlar. Girlfriend? Mula-mula tak ada. Last-last gua yang hati kering ni sangkut gak buat kali pertamanya. Tapi gua lagi sibuk tidur dalam kelas, tidur masa prep, main daun terup dan main game. Dah tutup cerita.

Kelas gua bukanlah kelas pandai. Kelas kedua terhebat masa batch gua kat sekolah tu. Masa gua masuk sekolah tuh ada ura-ura mengatakan gua ni budak pandai, pastu kena rijek sekolah asrama penuh. Kalau kena rijek tak da gua tahan sampai setahun bertapak kat sana. Okey, Kalau nak ikut hiraki dia macam ni. Gua pun ingat tak ingat je ni.

ALFA– Kelas pandai. Beria sangat kalau bersembang pasal naruto. Ramai pengawas. Ramai yang berkaca mata. Diehard gamers. Susah sangat nak tengok diorang tidur masa cikgu tak masuk kelas.
BETA– Kedua terpandai. Lelaki paling sikit. 9 orang. Kelas gua. Asyik menang kelas paling cun.
GAMMA– Selalu berusaha gigih agar tak nampak macam kelas nombor 3. Yang laki suka takle budak-budak bawah umur buat awek. Ramai budak asrama.
DELTA– Tengah – tengah. Hebat bila melukis dan buat beg kertas. Suka dengar lagu Radja. Pastu suka upgrade henpon. Sembang je bukak cite pasal awek.
OMEGA– Semua budak dalam kelas ni rata-rata ada moto. Suka bukak ringtone lagu kuat-kuat kat henpon.

Kehidupan itu lebih penting untuk dipelajari bagi gua daripada fakta dan nombor dalam buku teks. Ilmu kita boleh dapat dalam buku, tapi pengalaman tak. Gua ingat nak berguru dengan pengalaman kehidupan sendiri. Gua pikir pasal SPM. Ada rezeki adalah. Dalam kelas ni gua jugak yang isi nombor corot dalam kelas. Entah macam mana aku nak sebut pun tak tahu. Sebab gua jenis yang bukan skema kot. Ouh ya, lagi satu malas. Serius. Tahu keje nak tido saje bila subjek biologi.

Budak-budak kelas gua rata-rata yang anggap gua tak guna sebab kerja sekolah asyik nak meniru orang yang dah siap. Malas tahan cipan. Ada sorang cakap gua ni tak kemana nanti, gua dah tanam dendam kat hati dalam-dalam. Setahun aku kat sekolah tu, dia mati-mati ingat aku ni pelajar yang tak boleh pakai, untuk hari ini dan masa depan. Masa beredar, zaman berubah, gaya rambut bersilih ganti, fesyen seluar longgar dan ketat, SPM pun sampai.

Result keluar. Ni satu lagi cerita. Gua seumur hidup tak pernah rasa bagaimana perasaan terima result kat sekolah macam member-member yang lain. Semua result tahu kat rumah. Sapa bagi tahu? Sapa lagi bapak gua. Yang memang tak ada masalah dengan PPD. Pejabat pendidikan daerah.

Bila gua habis sekolah, gua belajar lebih banyak tentang kehidupan yang tak pernah gua dapat dalam buku teks corakan UMNO di sekolah. Sejarah Malaysia pun aku belajar kali kedua bila aku dah habis sekolah. Sejarah yang tak pernah diceritakan di sekolah. Dan gua terfikir, kalaulah gua bergaul dengan orang – orang yang ulat buku, belajar tunggang langgang semata-mata untuk menghafal fakta dan nombor saja. Mungkin hari ini gua dah berkaca mata. Mata jadi rabun. Mana jambu kalau pakai kaca mata. Ye dok?

Aku?

Hari ini aku jadi manusia. Manusia yang tak pernah aku bayangkan waktu dalam kelas. Aku jumpa macam-macam ragam orang dan hari ini gua boleh berfikir dengan otak aku yang ada orang kata gua kata tak boleh pakai dulu. Emm sekarang gua ada diploma dan masih sambung ijazah lagi. Insyaallah dalam 3 ke 4 tahun habis belajar dan cari rezeki. Duit soal lain, cikgu. Bukan itu yang gua kejar. Gua belum menjadi hamba duit. Mintak jauh. Dan engkau sekarang apa bikin yang pernah dulu kau cakap aku ni tak kemana, tak ada guna? Duduk kat rumah? Isi masa lapang? Diploma pun sangkut? Masuk matrik separuh jalan? Ini cerita, jangan berlagak dan sombong bila tentukan hala tuju seseorang. Senang cerita, jangan pandai-pandai. Tak kira lah kamu itu cikgu disiplin sekali pun. Doaku moga semua berbahagia.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi mengasihani...Aku bersyukur.

Kini?

Bilang pada aku, memang tak guna ke aku hari ini? Gengter kah aku hari ini? Samseng kah aku hari ini?

Mahukah kau tumbuk aku lagi hari ni, senior? Gua melayu, lu melayu, yahudi suka la bila jadi gaduh-gaduh ni. Ade kepala, pikir sikit.

5 ulasan:

  1. pergh!!pengalaman beb

    BalasPadam
  2. lpskn yg lps...
    mula buku bru....

    BalasPadam
  3. nice blog.. 1 penulisan yg jujur.,. aku suka.

    BalasPadam
  4. ngeee .. hehe .. suka laa ..

    BalasPadam
  5. nice =) biasa r zaman sekolah2.. tp i suka sgt

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini