Jumaat, Ogos 6

banyak kali dah...

Dah banyak kali Brader Shitter ni buat perangai dengan gua. Dulu masa dok tengah sedap layan popia masa makan dekat stadium. Nyaris-nyaris hilang kesabaran...

Sembang kencang Brader Shitter...

(Macam ni bang...Saya dulu susah, moto pun pinjam member. Tapi setelah saya menemui bisness yg amat menguntungkan ini, saya sekarang dah boleh pakai kereta sendiri. Kamu tahu umur saya sekarang? Saya baru 22 tahun. Belajar lagi..Saya tidak mahu berjaya seorang diri, dan saya mahu anda berjaya seperti saya. Hanya tak sampai 2 minggu, sekarang saya menjana 2 ribu lebih dalam masa 1 hari..anda juga boleh berjaya seperti saya,mari saya tunjukkan caranya..hubungi saya Brader Shitter di 017-9216xxx)

ahhh, MLM la nih...gua kata dalam hati...


fuhh...cite dia...sambil buat-buat jawab panggilan. Businessman lah katakan...taik!!

Pertama bukan kedua gua nak cakap satu saja:"Brader Shitter..shit lah mung woii!!"
Hari ni dah berapa kali..Sekali lagi lu buat kerja tahan tahan gua tengah makan popia kat stadium ni semata mata nak suruh gua baca kertas kertas lahanat macam kat atas sana..sumpah gua lempang lu depan orang ramai!. Apa masyarakat Malaysia ni dah hilang akal semua berangan boleh dapat duit senang senang macam tu? Hilang akal ke dapat duit senang-senang! Tapi gua rasa..ramai jugak yang dah masuk geng gila ni...Ramai dah member-member gua yang dah masuk geng ni berangan nak pakai BMW. Last-last bergaduh tak bertegur sape. Ni semua pasal duit. Memang la duit segala-gala sekarang ni. Tapi, tu member wei! Tolong jangan jadi bengap sangat! Mintak tolonglah sangat.

p/s: Demo lo ni memang dah hilang akal tahap gampang, otak semua pendek, pikir nak kaya cepat...tapi kerja malas...berangan bertimbun-timbun! Lagi jadi bengap, ikut pulak hasutan macam iklan kat kertas. Orang tu print pun pakai bil invoice...Entri ni emosi sikit...sape suruh kacau gua tengah sentap popia!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini