Selasa, Julai 20

cerita ubat batuk

Ubat batuk. Dah seminggu lebih aku batuk tak baik - baik jugak. Ubat batuk pun dah nak dekat seminggu aku minum. Nak habis dah pun.

Itu lah masalahnya sekarang. Aku dah jadi macam bergantung kat ubat batuk.

Dah seminggu aku tidur malam lepas minum ubat batuk. Bila bangun pagi, pening kepala. Rasa bengong.

Kalau tak minum ubat batuk ni pulak, aku tak boleh tidur sebab batuk teruk. Sampai aku takut nak tidur, sebab batuk melampau yang sakit gila bagai nak pecah dada.

Semalam aku try tidur tanpa minum ubat batuk, tapi tak boleh nak tidur. End up, aku minum ubat batuk baru boleh tidur. Lena...

Ketagih ke bendanya ni woi.
Bahaya dol.
Cepat lah baik batuk woi.
Tak payah aku telan, minum ubat batuk ni lagi, sebelum aku menjadi penagih tegar.
Baik berenti sekarang kau batuk.

ubat + batuk = Ubat batuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan