Khamis, Ogos 26

cerita buka puasa

gua dengan begitu bangganya bangun siap-siap pakai sluar dengan muka bangun tidur. niat kat dalam hati hari ni gua nak mengamuk. nak makan nasi ayam kukus buatan makcik cafe serumpun sana.

gua kalau nak pergi makan ke nak pergi beli makan ke kena ada member. nanti takut-takut terlupa bawak kad ke, duit tak cukup ke, naya nanti.

tak lain dan tak bukan member sekacip gua, zupi nama diberi. dengan pantas gua mencapai henset 1100 gua tanda misi menghantar utusan kepada beliau supaya bersiap-siap untuk turun membeli juadah berbuka nanti. "wei, siap-siap la, jap ag turun g cafe". selalunya cepat je bunyi henset gua kalau mesej kat dia nih, tanda utusan dah sampai. 5 minit da tunggu gua dah naik risau nih. gua nak terai call, tapi prepaid gua ada 4 sen lo lo lo looo...

ahhh...ni tak boleh jadi nih. gua pergi bilik beliau yang senggang 3 bilik dari bilik gua. lupa nak bagi salam gua bukak pintu macam tu je. tengok beliau tengah baham kepak ayam. kat bibir seblah kri ada nasi sikit.

"woiii!! kau tak puasa ke!!" gua sound tenang. tekejut dibuatnya.

"da bukak puasa la ngoi!" beliau dengan agak kurang ajarnya cepat menjawab.

gua tengok jam kat dinding bilik beliau. jarum panjang kat nombor 6, jarum pendek dah makin jauh ngan nombor 7. gua tepuk dahi tanda kecewa.

pengajarannya, nanti kat bilik gua, gua nak beli jam dinding. senang nanti, bangun-bangun dah tahu waktu nak tidur bila, waktu nak bangun bila, waktu makan bila, waktu berbuka bila. kerna selama ni gua macam amek endah tak endah je fasal waktu makan gua...

p/s: gua amek air sejuk je buat berbuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan