Isnin, Ogos 23

Pasal Asap dengan Epi

pukul 7.50 pagi...ini cerita tadi pagi punya...

semua hidupan-hidupan kat Upm terkejar-kejar nak naik bus. ramai? tak payah nak cerita lah. memang meriah pagi-pagi macam ni. semua berebut, nak naik bas cepat. ahhh..lantaklah mereka.

gua? gua memang tak suka berebut-rebut nih. lainlah kalau masa tuh keadaan bertukar macam nak hantar borang ptptn. memang gua marah, baling batu kat kepala, biar bocor kepala kutu-kutu yang buat handal potong gua tanpa bagi isyarat memotong. uishhh, pasal loan jangan buat main-main brader. silap hari bulan, gua bleh pinjam along nanti nak wat makan satu semester nih. ptptn pon satu, apsal lar susah sangat nak bagi pinjam, gua pinjam, gua bayar la nanti. siap bunga lagi. ape cerita gagalkan gua punya permohonan sampai dua kali.

gua buat rilek masa-masa mereka berebut nak ambil tempat masuk dalam bas. member gua, Epi bising dari tadi lagi. pagi-pagi lagi dah mengamuk pasal keadaan keliling kiri kanan, atas bawah. tak tahan asap katanya. kotor sana-sini katanya. habuk! debu! maklumlah, semua kenderaan menyusur keluarkan asap kepul-kepul. yang dalam rilek je tekan kaki kanan, yang kat luar ni kalau boleh nak pakai helmet kalau berjalan, nak tahan asap punya cerita.

bas datang dan pergi. seterusnya yang kelima sampai. masa tuh jam dah pukul 8 lebih dah. koman-koman pukul 8.30 baru sampai depan pintu kuliah agaknya. member gua Epi: "aku tak bleh tahan la kalau macam nih, da lar nak naik bas pegi kelas pom kene bertungkus lumus. ni tak masuk kelas lagi nih ,masuk kelas dah lar lambat, silap nanti dok luar. aku tak suka macam ni.'' sebelum naik tangga bas, lahabau ni buleh isap 2 3 pam rokok lagi biar puas hati kononya. baru lepas isap rokok tuh.

p/s: boleh tahan prosa lu Epi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan