Selasa, Ogos 17

Air liur pagi

Air liur leleh keluar. Sedut tak sedut je. Pagi ini gua lena atas tilam yang asalnya kat atas katil besi sambil pandang kipas angin speed 5. Angin kencang semacam sampai gua pejam celik pejam celik mata. Speed 5 ni memang laju. Sejuk dia gua cakap lu, macam air batu. Gua tarik selimut.

Dalam dunia ni tak banyak kipas angin yang ada speed 5. Rata-rata yang speed 5 ni kipas siling. Kipas angin atas meja biasanya sampai speed 3 saja. Kipas industri pun tak silap sampai speed 3 juga.

Kipas siling ni yang lemahnya starting dia slow masa start jalan. Memang cicir kalau kena dengan kipas angin atas meja. Kipas industri pun sama. Dia punya blade pakai besi. Pikap kurang. Tapi bab top speed, mana mana kipas pun tak boleh lawan kipas siling sama kipas industri ni. Dua dua memang payah nak berhenti bila dah cecah top speed. Lajak dia power. Sesuai untuk buat main long distance atau bikin jadi kipas embun.

Hari ni hari isnin. Paling lemah semangat sebab kelas mula pukul 8. Memang kacau waktu tidur gua masa ni. Bilik menjadi kelam. Tambah-tambah gua tak ada romate. Umpama lena dalam mimpi. Masa tuh kalau kata nak tidur atas riba sapa-sapa pom boleh. Cakap hembus je. Kompem kua mimpi dalam kecik besa- kecik besa nak sama je.

Gua amek fon, gua mesej Poy, member gua idup susah senang, kata kat dia suh sign besar-besar kat attendance. Gua amek bantal, sambung tidur, kasi habis ini cerita.

3 ulasan: