Jumaat, April 22

solat jumaat dan selipar

Pukul satu lima belas petang, gua bangun tangkas dari tempat tidur gua. Capai tuala, palmolife, berus gigi, pegi mandi terus. Selipar kawin milik kawan sebelah bilik belakang kira. Itu pun dah tiga hari pakai baru perasan selipar tuh orang lain punya. Bukan gua punya. Berlari anak gua ke bilik air.

Sesudah mandi, gua tangkas bersiap. Takut takut tak menyempat ke masjid. Jam dah tunjuk pukul satu tiga puluh lapan tengah hari. Gua mula kalut. Takut takde orang nak bagi tumpang. Tapi last last, gua pegi dengan orang bilik gua. Dia bawak kete. Nasib baik.

Dalam 5 minit sampai dekat masjid. Naik kete kan. Cepat lah.


***

Selesai solat jumaat, meluru gua ke tempat letak selipar. Sekali gua tengok selipar gua orang lain yang sarung. "Bang, ni macam saya punya je selipar ni" gua tanya dengan hemah, sambil jari telunjuk tertunjuk kat kaki.

"Ah, peduli ape aku. Ko cari selipar lain. Selipar ni dah sedap dengan aku. Pegi, pegi." kata abang tuh. Gua? tak biar saje. Gua tolak bahu brader tuh. Sikit lagi nak terjatuh. Dia bengang, dia pegang gua punya kolar. Kasi angkat sikit. Macam dalam cerita, yang nak mula gaduh tu. Dia tumbuk pipi gua. Mengaduh gua. Gua tumbuk perut dia, sekuat hati. Habis orang tengok, peduli apa gua. Yang penting selipar jiran gua tu. Kena pulang. Tu je masa tu dalam kepala gua. Gua tumbuk lagi, bersememeh brader curi selipar tu. Dua, tiga datang, pegang gua tak kasi lepas. Pegang brader curi selipar tu erat erat. Takut bertambah parah. Masa tu orang bertambah ramai. Last last dia pulangkan selipar gua. Gua amek, dan berlalu pergi, sambil mulut mencarut.

Amacam ganster tak gua?

Hehe...

Mana ada, lepas gua mintak selipar tadi elok elok, brader tu dah pulang balik dah selipar gua dan buat mula segan segan. Bukan gua lah nak gaduh pasal selipar.

Eh, pandai nak mencuri selipar. Datang tak bawak selipar ke pegi masjid tadi? Patut lah ada mamat dua tiga temenung dekat beranda. "Selipar kena rembat ke brader?"

Yang tulisan condong tu jangan percaya. Gua berkhayal.



Lain kali acu terai buat macam ni. Amacam, boleh?

2 ulasan: