Isnin, Jun 7

Sikit aku ambil daripada kau

Ya!
Sangkaan aku tepat.
Langsung tidak meleset. Sama sekali.
Apa dia?
Tak adalah, aku ingat dia lembu.
Haha! Nasib baik.
Sedar diri rupanya.
Baguslah macam tu…
Aku bangga…
Aku hormat…

Sikit aku ambil daripada kau.
Bunyinya ala-ala sadis begitu
Begini…
aku sahaja yang bodoh
Ini pemikiran sebenarnya.
Aku percaya,
Itu bukan kau,
Aku tak pikir kau begitu.
Kau cuma tak telus.
Pada siapa kau tanya?
Jasad dan roh kau sendiri sebenarnya.
Kau yg ramuk,
Kau yg berkawan dgn sendirian,
Kau katup rapat utk aku,
Katup serapat-rapatnya,
Langsung tak boleh masuk,
Bagi lah sikit…
aku pinta,
tak banyak pun,
tak luak pun,
Cuma sedikit sahaja,
Celah gigi pun jadi.
Tapi tak apa,
Sekurang-kurang aku berani.
Tak tipu diri sendiri.
Biar aku yg mengalah,
Tapi aku menang bergaya sebenarnya,
Apa yg aku bicara,
Akhirnya kau utus ringkas.
Mujur kerana mengirimi.
Yang tinggal hanya teknologi ini.
Aku teruja sebenarnya.
Terima kasih…
Oh ya, pasal lembu tu,
aku pikir,
memang patut kau ke sekolah,
belajar lagi,
kau lupa itu peribahasa?
Itu umpama sahaja wahai kawan.
Aku melayu dan kau juga melayu,
Melayu ini kaya bahasanya.
Ya , ya…aku ingat!
Melayu mudah lupa.
Tak apa...

Dengan seluruh aku mengharap,
Baik-baiklah semuanya,
Terus berbisik pada Tuhan.
Agar jadi nyata.

Kawan,
Kau boleh senyum sikit tak…

P/s: lembu tak boleh senyum tau kalau awk nak tau...:p

1 ulasan:

Terdapat ralat dalam alat ini